Type to search

Antarabangsa Berita BP Insiden Tragedi

Pasangan Singapura Ini Diserang, Dirompak & Diugut Semasa Bercuti di Bali – Mujur Ada Travel Insurance!

Share

Liburan di negara asing tidak kira sama ada memilih percutian di bandar mewah, kota bersejarah, resort mahupun di pulau, semestinya ada risiko yang ‘mendampingi’ korang.

Jelas sekali ia melibatkan faktor keselamatan, tidak biasa atau kurang arif dengan sesuatu lokasi serta destinasi yang hendak dituju; lantas secara tidak langsung membuka ruang kepada penjenayah untuk menjadikan pelancong luar sebagai mangsa jenayah! 

Tanah Lot in Bali

Terbaru, tular di media sosial berkenaan kejadian atau ‘malapetaka’ yang berlaku kepada pasangan dari Singapura yang bercuti di Bali, Indonesia.

Eugene Aathar dan isterinya, Dolly Ho didakwa diri mereka telah diserang, dirompak dan ‘dianiaya’. Pasangan suami isteri ini tidak mengharapkan apa apa selain berehat dan bersantai di Bali pada awal bulan Mei lalu. Mereka bercuti selama empat hari dan menetap di La Vie Villa, Badung, Bali.

Mr Eugene Aathar dan isterinya bersama wakil MediVac Asia (merah) dan pembantu di lapangan terbang

Kejadian malang ini berlaku pada 6 Mei, dimana mereka telah sesat dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka.

Sewaktu dalam perjalanan pulang pada jam 2 pagi itu, Eugene menggunakan aplikasi sebagai petunjuk navigasi, kemudian secara tiba-tiba didatangi dua lelaki tidak dikenali lalu merampas telefon bimbit Samsung S10 milik isterinya. Lebih parah, penyerang tersebut bertindak agresif menendang skuter yang dinaiki mereka sehingga kedua-dua pasangan ini terjatuh.

Menurut laporan Mstar, insiden itu mengakibatkan Aathar mengalami kecederaan ringan manakala, isterinya mengalami gegaran, luka dan bahu patah. Tambah Aathar, dirinya ada meminta bantuan daripada kenderaan lalu lalang dan seorang lelaki telah menghampiri mereka dengan bertanyakan dimana letaknya skuter mereka.

insiden itu mengakibatkan Aathar mengalami kecederaan ringan manakala, isterinya mengalami kecederaan bahu patah & gegaran

Malang tidak berbau, pasangan ini sekali lagi dihimpit masalah apabila lelaki yang kononnya mahu membantu telah membawa lari skuter sewaan itu bersama wang 12 juta Rupiah. Mujur, masih ada yang berhati murni membantu pasangan ini dengan membawa ke hospital berdekatan. Terima kasih kepada pemandu van tersebut.

Namun hari yang buruk takkan berakhir begitu indah. Pasangan dari Singapura ini sekali lagi ‘diuji’.

Aathar mendakwa staff yang bertugas pada waktu tersebut meminta bayaran ganti rugi terhadap kehilangan skuter sewaan sebanyak RM72,149 sedangkan ia hanya disewa pada harga 125 ribu Rupiah (RM36).

Eugene Aathar, 24, dan isterinya, Dolly Ho, 22

Malah, pasangan ini mendakwa mereka telah diugut tidak dibenarkan meninggalkan Indonesia sekiranya tidak mahu membayar ‘denda’ tersebut. Selepas rundingan dan persetujuan kedua belah pihak, pelancong dari Singapura ini hanya membayar ganti rugi skuter tersebut sebanyak 12 juta Rupiah (RM3,463).

Pasangan muda itu akhirnya membuat laporan polis sebelum meninggalkan Bali. Mereka berjaya pulang ke Singapura tanpa sebarang sekatan.

Nasib baik pasangan ini membeli “Travel Insurance”, dan penanggung insurans telah mengatur doktor mengiringi mereka dalam penerbangan pulang. Setibanya di Singapura, Ho telah menerima rawatan susulan di National University Hospital.

Malang tidak berbau guys. Lindungilah diri korang dan keluarga tersayang dengan insurans perjalanan agar dapat membantu meringankan beban semasa kejadian tidak diingini berlaku ketika bercuti.

Bak kata peribahasa Melayu, Nasi sudah bubur – tiada gunanya menyesal ke atas perkara buruk yang sudah berlaku. Renung-renungkan.


Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa ‘petua’ ringkas untuk menjaga keselamatan sewaktu bercuti luar dari Malaysia.

  1. Sentiasa mengembara atau berjalan dalam kumpulan pada waktu malam atau suasana sunyi.
  2. Jangan tayang barang berharga di tangan, lebih baik simpan dan guna bila perlu sahaja.
  3. Kalau berkumpulan dan berkemampuan, lebih elok sewa kereta atau van.
  4. Paling penting, sentiasa ingat untuk membeli insurans perjalanan.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!