Type to search

Berita BP

Passport Ibarat Nyawa Ketika Travel – Jaga Ia Sebaik Mungkin

Share

Pasport sememangnya merupakan perkara yang paling penting dan bernilai yang perlu dijaga sebaik mungkin sepanjang percutian. Kehilangan dokumen perjalanan ini pastinya merupakan suatu mimpi ngeri ketika berada di negara orang.

  1. Andainya anda kehilangan pasport, ia bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh kerana terdapat kes di mana pasport yang hilang digunakan dalam sindiket yang menggunakan identiti palsu.
  2. Dikatakan, ada pihak yang sanggup membayar sejumlah RM20,000 hingga RM80,000 bagi mendapatkan pasport palsu.
  3. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat laporan polis terlebih dahulu.
  4. Pastikan laporan anda buat tidak bercanggah dan benar. Jika tidak pasti mana hilang, nyatakan sahaja jangan tokok tambah.
  5. Begitu juga sekiranya kehilangan pasport berlaku di luar negara.
  6. Seterusnya, dapatkan khidmat nasihat Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara untuk membantu anda pulang ke Malaysia dengan selamat.
  7. Sekiranya kehilangan pasport adalah disebabkan keciciran atau salah letak (bukan disebabkan kecurian, ragut, bencana alam dan lain-lain), ambil sedikit inisiatif untuk mencari pasport anda terlebih dahulu.
  8. Jejak kembali perjalanan anda sekiranya andai berada di luar negara.
  9. Sebaiknya, lakukan langkah-langkah pencegahan dan menjaga sebaik mungkin pasport walau di mana jua anda berada.
  10. Sentiasa pastikan pasport anda berada di dalam penjagaan yang selamat dan disimpan sebaik mungkin ketika berada di hotel, sewaktu perjalanan atau ketika melakukan aktiviti backpacking

Tip

  • Ambil salinan fotokopi passport anda menggunakan telefon pintar. Juga, asingkan ruang penyimpanan pasport dengan barangan berharga yang lain seperti wang dan kad kredit serta dapatkan insuran perjalanan.
  • Penggunaan porch, ‘money belt’ dan ‘travel underwear with pockets’ juga amat digalakkan untuk memastikan pasport anda selamat bersama anda.

PROSEDUR ANDAINYA KEHILANGAN PASPORT (di Malaysia)

Kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan menggantikan pasport Malaysia yang telah hilang:

  1. Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 (Boleh diperolehi di Konsulat atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen- http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf; Sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian)
  2. Dua keping gambar berlatarbelakang biru berukuran 3.5 x 5 cm
  3. Salinan sah Pasport Malaysia (hilang)sekira ada;
  4. Salinan sah Sijil Kelahiran;
  5. Salinan laporan kehilangan pasport yang telah dilakukan di Balai Polis di kawasan pasport tersebut hilang;
  6. Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan. (bagi yang bekerja atau pasangan);
  7. Mengisi Borang Soal Selidik mengenai kehilangan pasport.
  8. Mengisi dan menandatangani Surat Akuan
  9. Salinan sah MyKad / MyKid
  10. Bayaran permohonan pasport baru adalahRM 300.00. Pada lazimnya, permohonan akan dihantar ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia untuk diproses dan menghantar pula ke Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan dan dijangka mengambil masa TIGA (3) bulan.

SIJIL PERAKUAN CEMAS

  1. Pada kelazimannya, memandangkan proses untuk mendapatkan passport yang baru menggantikan passport yang hilang mengambil masa yang panjang, pihak Konsulat menasihatkan supya memohon Surat Perakuan Cemas (SPC) bagi membolehkan warganegara Malaysia untuk pulang ke Malaysia dan menguruskannya permohonan passport Malaysia (Baru).
  2. Sijil Perakuan Cemas merupakan suatu dokumen yang dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dalam keadaan tertentu, biasanya kes kehilangan Pasport di luar negara, penghantaran pulang dengan perbelanjaan Kerajaan atas sesuatu sebab dan Pasport Malaysia tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang diperlukan.
  3. Dokumen ini sah untuk sekali perjalanan dan untuk negara-negara tertentu sahaja bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan. Untuk mendapatkan Sijil Perakuan Cemas, dokumen yang diperlukan ialah:
  4. Borang (IM.42-Pin 97) http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf
  5. Dokumen bukti Warganegara Malaysia – MyKad / MyKid / Sijil Kelahiran
  6. Gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm – dua (2) keping
  7. Laporan Polis Setempat tempat kehilangan pasport.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!