Type to search

Itinerari BP

Pasti Seronok Jika Semua Ahli Keluarga Ada Semasa Travel

Share

Kaki travel dan backpack yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil tak harus rasa bahawa travel dan backpacking anda bakal terkubur. Bila melihat faktor umur anak, hasrat untuk travel pasti ‘mati’. Jangan tak tahu travel dengan baby ni akan memberikan anda pengalaman berbeza yang pasti menyeronokkan. Tidak salah mencuba. Jom tengok tip yang ‘disajikan’ dalam edisi kali ini.

Oh! My baby, Tip Travel Bersama Bayi

BBY5

Rancang Perjalanan

Mesti bersiap sedia dengan jadual perjalanan anda. Berbeza semasa travel solo atau berkumpulan, travel dengan baby akan berbeza sama sekali. Semasa travel solo atau berkumpulan, kebanyakannya kira boleh ‘redah’ sahaja. Tapi bila bersama baby anda, masa, tempat untuk pergi, keadaan musim atau cuaca di sana dan banyak lagi perkara asas perlu di beri perhatian penting. Dengan adanya perancangan sebelum memulakan perjalanan anda bersama si kecil, pastikan semuanya sudah di tetapkan bagi mengelakkan ‘huru-hara’ yang akan berlaku.

Penginapan

Bagi memudahkan urusan anda, disarankan untuk mengambil pakej penginapan best yang ditawarkan. Pastikan semuanya sudah diatur sebelum memulakan perjalanan. Untuk mencari tempat penginapan ketika sampai di destinasinya, risiko untuk tidak mendapat tempat penginapan yang bersesuain dengan anda dan si kecil adalah sangat besar. Bagi mengelakkan masalah tiada tempat penginapan, rancanglah tempat penginapan anda lebih awal.

Jadual tidur si kecil

Pastikan anda peka dengan waktu tidur baby anda bagi mengelakkan mood si kecil berubah ketika anda sedang seronok ‘berjalan’. Ini sangat penting bagi memastikan kelancaran untuk anda keluar menikmati keseronokan negara yang anda lawati. Jika waktu perjalanan dan waktu tidur si kecil tidak diberi perhatian, ini akan menjadi punca percutian bersama si kecil anda bertukar derita. Jadikan perjalanan ini ‘win-win situation’ baik untuk si kecil dan anda.

BBY3

Stroller dan Babycarrier

Jangan lupa bawa stroller dan babycarrier. Ingat! Tak perlu bawa yang besar-besar, cukup untuk si kecil anda selesa sudah memadai. Dua barang ini sangat penting untuk anda dan si kecil, sekaligus dapat memudahkan perjalanan anda berdua. Baby juga akan rasa bebas, tidak perlu di dukung 24jam.

Kelengkapan si kecil

Bawa secukupnya barang keperluan baby anda. Bawa pakaian yang bersesuai dengan cuaca negara atau tempat yang akan anda lawati. Sebagai ibu bapa pada si kecil, anda pasti arif tentang mereka. Pastikan lampin pakai buang, tisu basah, susu, dan beberapa kelengkapan lain anda bawa bersama. Packing barang awal untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa selitkan satu dua barang permainan kegemaran si kecil untuk membuatkan mereka leka.

Kesihatan

Harus beri perhatian! Sebelum terbang ke mana-mana, sebaiknya bawa baby anda berjumpa doktor. Minta pendapat doktor mengenai perjalanan anda bersama si kecil. Jika perlu, dapatkan vaksin yang disyorkan. Pastikan anda bawa ubat-ubatan asas seperti demam, batuk, selesema dan beberapa ubat lain, khas untuk kanak-kanak. Tak adalah anda bersusah payah mencari klinik di negara orang nanti.

BBY4

Empty Seat Option (ESO)

Jika anda mahukan lebih keselesaan dengan si kecil anda di dalam pesawat, anda boleh membeli ESO di mana-mana syarikat penerbangan yang menawarkan kemudahan ini. ESO adalah tempat duduk kosong yang ada disebelah anda yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan adanya tempat duduk extra, anda dan si kecil boleh duduk dengan lebih selesa sepanjang perjalanan menuju ke destinasi percutian anda.

Jangan Over Excited

Walaupun anda merupakan kaki travel tegar, tapi pastikan anda jangan teruja sangat untuk travel bersama si kecil. Pastikan semua sudah siap dan di rancang awal. Jangan sebab terlalu teruja, habis semua barang si kecil tertinggal. Jangan jangka si kecil anda akan berada dalam mood travel seperti anda. Siap kan fizikal dan mental anda. Fikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Jangan fikirkan diri anda dan destinasi yang anda akan pergi.

Enjoy!

Perancangan untuk memulakan perjalanan dan senarai tempat yang anda ingin pergi itu penting. Tapi, janganlah kecewa kalau semuanya tidak berjalan seperti yang anda harapkan. Just enjoy masa anda travel bersama si kecil. Pengalaman dan kenangan anda bersama si kecil di negara orang pasti akan menjadi sesuatu yang paling indah. Kalau tak percaya, cubalah.

Scroll Up
error: Content is protected !!