Type to search

Itinerari BP

PASTIKAN ANDA LAKUKAN INI SEBELUM TERLAMBAT

Share

Teruja! Perkataan pertama yang akan ada pada bibir setiap newbie yang akan pergi backpacker. Para newbie sekalian, jangan terlalu teruja. Pastikan semua kelengkapan untuk berbackpack sudah disediakan awal, bagi mengelakkan apa-apa kejadian ‘tak best’ berlaku sepanjang perjalanan anda.

Elak ‘Gelabah’ Bila Tiba Saatnya

Elak3

Beberapa tip penting yang harus diambil kira sebelum merancang percutian backpacking anda bagi mengelakkan terjadinya ‘kesusahan’ di negara asing.

• Bayar semua bil-bil yang ada, sebelum meninggalkan rumah. Kenapa? Ini untuk mengelakkan anda runsing memikirkan ‘rumah’ yang anda tinggalkan. Tidak seronok percutian anda, apabila harus memikirkan hal-hal seperti ini.

• Belajar dari pengalaman orang lain. ‘Mistake is the best teacher’. Jangan malu untuk bertanya tentang pengalaman orang lain backpacking. Dari bertanya, anda dapat mengetahui bermacam hal mengenai backpacking, termasuk bajet, musim yang sedang dilalui bagi sesebuah negara dan perbelanjaan yang ‘sedap’ untuk membeli belah sekaligus.

• Rancang bajet perjalanan anda dengan baik. Pastikan anda buat ‘study’ matawang, hotel, pengangkutan, makanan dan kalau nak ‘shooping’ pastikan semua bajet di ambil kira secara teliti. Jumlah bajet yang terhad dapat mengurangkan rasa seronok anda di negara orang.

• Barang yang perlu dibawa, perlu memudahkan anda. Perbezaan musim bagi setiap negara harus diambil tahu bagi memudahkan anda membawa barang-barang keperluan harian yang sesuai. Jangan bawa ‘satu rumah’ untuk backpacking, kerana ini akan menyusahkan anda.

• Ubat-ubatan. Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit seperti semput, migrain, gastrik dan lain-lain, pastikan anda bawa bekalan ubat anda. Bagi sesiapa yang tiada penyakit yang memerlukan ubat khas, pastikan anda membawa ubat basic seperti panadol bagi memudahkan hal-hal kecemasan yang kecil seperti sakit kepala yang disebabkan perubahan cuaca.

• Ambil tahu tentang bahasa yang digunakan disesebuah negara yang anda ingin pergi, bagi mengelakkan miscommunication.

• Aktifkan kad bank anda untuk kegunaan luar negara bagi memudahkan hal-hal kecemasan.

• Semak nama anda di pejabat imigresen, untuk memastikan nama anda bebas dari senarai hitam untuk pergi ke luar negara. Tip untuk elak nama anda di senarai hitam, bayarlah hutang anda dengan kerajaan seperti cukai pendapatan atau pinjaman PTPTN jika ada.

Scroll Up
error: Content is protected !!