Type to search

Berita BP Travel

Pelancong Filipina hilang di Bali sejak malam Krismas!

Share
  • Bali, realiti sebuah pulau yang berjuang untuk mengekalkan identitinya walaupun ia menjadi destinasi kegemaran pelancong

  • Bali juga sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan dalam menghadapi isu pelancong dan lambakan sampah sarap

  • Terbaru, seorang pelancong warga Filipina dilaporkan telah ‘hilang’ tanpa dikesan


Seorang wanita Filipina yang datang ke Bali untuk percutian sejak dua minggu lalu disyaki telah hilang semenjak malam Krismas, menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) pada 18 Januari lalu.

Tanah Lot in Bali

Wanita itu dikenali sebagai Ella Balmaceda Paano telah meninggalkan Filipina pada 22 Disember 2018 untuk penerbangan ke Bali, Indonesia. Menurut ahli keluarga mangsa, adiknya ada bertemu dengan seorang ‘sahabat’ Rusia yang bekerja di sebuah resort terletak di Palawan, Bali pada hari yang sama dia meninggalkan Filipina.

“Firasat kami mengatakan bahawa (rakan Rusia) mempunyai ‘sesuatu’ yang kuat untuk dikaitkan dengan kehilangan adik perempuan kami di Bali”, jelas Oliveros, kakak kepada Ella Balmaceda Paano.

Tambahnya lagi, mereka ada berhubung menerusi panggilan video setiap hari dan kali terakhir mereka berkomunikasi adalah pada malam sambutan Krismas. Kemudian, keesokan harinya, mereka mendapati Facebook Messenger milik Paano tidak aktif serta nombor telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Foto - Facebook Ella Balmaceda Paano

Ia adalah percutian pertama kali Paano ke luar Filipina dan trip tersebut merupakan hadiah kepada dirinya sendiri untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 20 Disember lalu.

Menurut jabatan Hal Ehwal Luar Negeri, Kedutaan Filipina di Jakarta telah mengajukan laporan orang hilang untuk Ella Balmaceda Paano. Sama-sama kita doakan yang baik sahaja. 

Lonely Planet mengesyorkan bahawa adalah penting untuk diperhatikan perbandingan dengan banyak tempat di seluruh dunia, dan Bali masih selamat.

Tips by Lonely Planet

Terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan pelancong yang cedera, hilang atau terbunuh di Bali, tetapi dalam banyak kes, tragedi sebegini sengaja ‘disensasikan’ oleh pihak media khususnya media sosial.

  • Dadah – Percubaan seludup dadah di Bali? Bersedia, nyawa anda akan ‘dibayar’ dengan hukuman dunia yang setimpal. Masih ingat kes Bali Nine? Pekan Kuta dipenuhi polis yang menyamar sebagai “drug dealers“.
  • Penjaja / Ulat – Abaikan sahaja pelawaan ulat mahupun penjaja. Jangan buat sebarang hubungan mata jika tidak berminat. Penolakan secara lembut sebenarnya menggalakkan mereka. Jangan tanya harga atau komen mengenai kualiti barangan kalau tak nak beli.
  • Anak yatim / Orang tua – Bali mempunyai sejumlah anak yatim atau kelompok orang susah ‘palsu’ yang dipaksa untuk meminta derma dan sebagainya.
Bali also popular spots among tourist for surfing
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!