Type to search

Berita BP Kemalangan Travel

Pelancong Kanada Maut Ketika Melakukan ‘Zipline Crossing’ di Thailand

Share

Malang tidak berbau!

Seorang pelancong Kanada maut ketika melakukan aksi terbang kelawar (zipline) pada ketinggian 12 meter di wilayah utara Chiang Mai pada Sabtu lalu.

Polis berkata, pelancong berusia 25 tahun itu dilaporkan jatuh sewaktu merentasi hutan menggunakan zipline di destinasi pelancongan popular di Mae Kam Pong.

Zipline in Chiang Mai is one of the longest in Asia. (Photo courtesy - The Thaiger)

Difahamkan, kunci keselamatan pada zipline pecah sejurus selepas pelancong berlepas dari titik permulaan lalu menyebabkan dia terhumban lebih dari 50 meter ke dalam sungai. Mangsa dilaporkan mati di lokasi kejadian.

Menurut pengendali aktiviti zipline, Flight of the Gibbon, mereka akan mengambil tanggungjawab penuh dan akan memberi pampasan kepada keluarga mangsa.Β Polis mengesyaki bahawa peralatan keselamatan yang digunakan tidak dapat menampung beratnya.

Sementara itu, mereka hanya menemui tiga kabel dipasang untuk memegang pelanggan, sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya lapan baris kabel untuk aspek keselamatan.

The wire cable snaps. (Photo courtesy - The Thaiger)

Laman web pengendali zipline menyatakan bahawa pelanggan yang mempunyai lebih daripada 125 kilogram tidak dibenarkan menunggang fasiliti mereka. Terdapat percanggahan dalam laporan mengenai berat mangsa.

Nahas yang berlaku di Chiang Mai bukanlah perkara baru. Sebelum ini, dua pelancong China dilaporkan maut ketika melakukan aksi zipline di wilayah utara ini pada tahun 2015.

Chiang mai cukup terkenal dengan budaya Thailand, bazar malam, keindahan air terjun, binaan kuil Buddha dan menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan serta pengembaraan lasak.

Chiang Mai is a popular tourist destination in northern Thailand

Jarak kursus zipline Gibbon di kampung Mae Kampong, Chiang Mai, adalah kira-kira 5 kilometer panjang dengan 33 platform yang berbeza, menjadikannya salah satu trek zipline yang terpanjang di Asia.

Sementara itu, wakil pengendali zipline telah mengarahkan aktiviti tersebut dihentikan dan masih menunggu kebenaran pihak berkuasa sebelum kembali beroperasi.

Sumber: BBC.Com & Berita Harian
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!