Type to search

Berita BP Isu Travel

Pelancong Malaysia Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Apartment Ditempah Melalui Booking.com

Share
  • Apartment itu diberikan rating 9.2 di Booking.com
  • Status pembongkaran tersebut menerima 6.3 ribuΒ share di Facebook
  • Porto adalah bandar kedua terbesar di Portugal selepas Lisbon dan merupakan salah satu kawasan bandar utama di Semenanjung Iberia

Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai kamera tersembunyi yang dipasang secara sembunyi telah menjadi topik hangat dalam kalangan pelancong. Rata-rata banyak laporan yang tular di media sosial mahupun portal tempatan menyentuh berkaitan ‘hidden camera’ pada penginapan yang ditawarkan di platform perkhidmatan sewa rumah atau laman tempahan perjalanan.Β 

One of the easiest way to detect hidden cameras is checking around the environment carefully

Terbaru, tiga wanita Malaysia yang bercuti di sekitar Portugal telah menemui kamera tersembunyi di apartmen yang disewa mereka di bandar Porto pada 20 Jun lalu.

Salah seorang mangsa, Rubee Woo mendedahkan penemuan tersebut melalui satu posting di akaun Facebook miliknya bahawa hidden camera itu dijumpai di dalam bilik mandi apartment yang ditempah melalui Booking.com.

Imej melalui Ruben Woo / Facebook

Menurut perkongsian Rubee Woo, salah seorang rakannya sedang bersiap untuk mandi pada lewat malam. Ketika itu dia terlihat sesuatu yang pelik pada soket di bilik mandi. Mangsa merasakan ‘ada sesuatu yang tidak kena’ mengenai soket lalu melihatnya lebih dekat.

Dia kemudian menemui kamera tersembunyi selepas memeriksa soket tersebut dengan lampu suluh telefonya. Tiga wanita dari Malaysia ini terus menghubungi polis tempatan, namun pada masa yang sama takut akan ‘tindakan balas’ dari pemilik apartment – dikatakan menetap satu tingkat di bawah mereka.

Imej melalui Ruben Woo / Facebook

Polis tempatan tiba di apartment selepas 30 minit dan mula mengeluarkan kamera tersebut dari bilik mandi. Sejurus selepas itu, mereka mengemas barang-barang dan menyerahkan kunci apartment kepada polis. Ketiga-tiga pelancong ini mengesyaki bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas perkara ‘tidak senonoh’ itu selepas menyaksikan perbualan antara pegawai polis dan pemilik apartment.

“Apabila kami keluar dari tempat itu, pemilik apartment tidak berani untuk menoleh ke arah kami. Semestinya 200% bahawa kamera itu dipasang olehnya,” jelas Rubee Woo

Imej melalui Ruben Woo / Facebook

Tiga pelancong Malaysia ini memutuskan untuk membuat laporan polis pada hari berikutnya untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil. Laporan dibuat kerana mereka tidak mahu kejadian sebegini diabaikan hanya kerana status sebagai pelancong Asia.

Rubee juga memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak percaya bulat-bulat mengenai ulasan/review pada tempahan penginapan dalam talian kerana apartment yang disewa diberikan rating 9.2 di laman web.

Apartment yang disewa oleh pelancong wanita Malaysia di Portugal. Imej melalui Ruben Woo / Facebook

“Jangan percaya penarafan dalam talian tidak peduli betapa tinggi rating mereka, jangan mempercayai pemilik penginapan tidak kira seberapa mesra mereka,” tulisnya di status Facebook.

Namun begitu, Booking.com telah mengatur penginapan lain bagi kumpulan wanita itu pada malam kejadian susulan laporan mereka. Terima kasih Booking.com atas keperihatinan dan bertanggungjawab dalam menguruskan isu ini.Β 

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa. Imej melalui Ruben Woo / Facebook
Sumber: Facebook Rubee Woo & SAYS
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!