fbpx
LOADING

Type to search

Antarabangsa Berita BP

Pelancong Wanita Dakwa Dirogol Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam di India!

Mueastt March 13, 2019
Share
  • Rishikesh adalah sebuah bandar di utara India, Uttarakhand, terletak di kaki bukit Himalaya di sebelah Sungai Ganga
  • Difahamkan, bandar Rishikesh terkenal sebagai pusat pengajian yoga dan meditasi
  • Bandar ini juga bebas daripada kesesakkan trafik, bebas alkohol dan digelar wilayah vegetarian dari hulu hingga bandar Rishikesh

Rishikesh merupakan bandar suci dengan banyak Ashrams (tempat pertapaan untuk agama Hindu) dan ia terkenal dengan aktiviti riadah seperti yoga sehingga digelar sebagai Capital Yoga di dunia. 

Namun, di sebalik kemuliaan sebuah bandar yang diangkat sebagai kawasan suci, tetap berlaku jenayah rogol yang menjadi perhatian media antarabangsa termasuk BackPackerz!

Ganga river, India, Rishikesh, the world capital of yoga

Seorang wanita Kenya berusia 26 tahun membuat laporan bahawa dirinya dirogol oleh seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang mengaku sebagai pemandu pelancong yang baru ditemui di bandar suci Rishikesh.

Menurut Polis Uttarakhand, mangsa itu mengunjungi Rishikesh dari Kenya pada 7 Mac untuk menghadiri acara keagamaan seorang peramal di bandar tersebut. Wanita itu diserang oleh tertuduh, Hemant Thapliyal pada 8 Mac (Jumaat) namun dia membuat laporan kes pada malam Ahad (10 Mac), dua hari selepas kejadian

“Yoga means addition of energy, strength and beauty to body, mind and soul.”

Rishikesh adalah bandar raya ke-7 terbesar di India dengan 102,138 penduduk. Ia juga dikenali sebagai “Gateway to the Garhwal Himalaya”


 

“Pada 8 Mac, semasa berkeliaran di bandar, wanita ini bertemu dengan tertuduh, yang dikenali sebagai Hemant Thapliyal, lalu memperkenalkan dirinya sebagai pemandu pelancong. Dia kemudian menawarkan mangsa untuk membawanya melawat tempat-tempat popular di bandar itu dengan menaiki kenderaan beroda dua.

“Dia pergi bersama tertuduh ke tempat pelancongan terkenal iaitu Neer Guddu Waterfalls pada waktu petang di mana Thapliyal telah merogolnya,” jelas Ramkishor Saklani, pegawai rumah stesen, balai polis Muni Ki Reti.

Malang tidak berbau… wanita Kenya itu ‘diserang’ sekali lagi selepas itu.  Mangsa dilaporkan dirogol tertuduh sewaktu melalui sebuah jalan. Tertuduh mengheret mangsa ke kawasan semak berhampiran lalu memperkosanya. Wanita itu kemudian sempat menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan hotel berdekatan. 

Rishikesh is not all spirituality and contorted limbs, it's also a popular white-water rafting centre, backpacker hang-out and Himalayan-trekking gateway. Photo by Lonely Planet

Menyedari laporan mangsa pada 10 Mac lalu, polis telah memulakan siasatan dan menahan tertuduh dalam tempoh enam jam berikut. Tertuduh dibawa ke mahkhamah pada hari Isnin (11 Mac) lalu dihantar ke penjara sebagai tahanan, sementara wanita Kenya itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Pesanan BackPackerz khusus buat pengembara solo mahupun wanita, hadkan pengenalan korang dengan ‘strangers’ yang menawarkan diri untuk bawa bersiar-siar. Bukan nak halang untuk menyapa atau berkenalan tetapi lebih berhati-hati. Peribahasa melayu ada sebut, “Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain“. 

Sumber: Hindustantimes.com & Timesofislamabad.com
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!