LOADING

Type to search

Berita BP

Pembukaan Corezone – One Stop Center untuk keperluan Outdoor & Adventure!

MM August 28, 2018
Share

Corezone cukup sinonim dengan kualiti serta pilihan komprehensif untuk pakaian dan kelengkapan aktiviti sukan lasak dengan tawaran harga yang menarik serta memuaskan. Corezone turut membawakan ‘gelanggang permainan’ di lokasi baru mereka di Light box, Sungai Buloh, Selangor.

Zon permainan ini membolehkan pengunjung dan penggemar barang outdoor untuk mencuba peralatan khusus sebelum membeli. You can try before you buy. Sangat menarik!

Corezone dilengkapi dengan kemudahan seperti wall climbing – untuk menguji gear outdoor dan ruang dalaman kedai turut menempatkan barangan aktiviti lasak seperti bike touring, kayaking dan lain-lain.

Korang juga boleh menguji kasut dan trekking shoes pada permukaan rumput khas yang dipasang pada ruang tengah kedai. Gempak! 

 

Buat penggemar sukan lasak dan outdoor travel, korang boleh ‘ushar’ alatan mendaki gunung, rock climbing, hiking, adventure racing, bike touring, berkayak, canyoneering, trail running serta keperluan luar yang lain di Corezone, Sg Buloh.

Antara jenama yang ditawarkan adalah Deuter, Millet, Lafuma, Suunto, LifeStraw, Light My Fire, Eider, Original Buff, Sea To Summit, La Sportiva, Komperdell, 360 Degrees dan banyak lagi. Siapa peminat barang outdoor confirm rambang mata weh! Nasihat kami, sediakan ‘bajet’ yang secukupnya. 

Aksi gimik abseiling semasa acara pembukaan cukup mendebarkan. Semua aksi dilakukan oleh pemilik Corezone, Leong Dee Lu, Sharon Tan, kru dan duta Corezone

UFL sebagai rakan premier menyokong penuh komitmen dan dedikasi Corezone untuk terus merancakkan industri sukan lasak serta adventure di Malaysia. All the best Corezone.

  

 


INFO

  • Alamat : LG-02, Light box 29, Jalan LGSB 1/1, Pusat Komersial LGSB, Off Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali Isnin (10.30 pagi – 7 petang)
  • Telefon :  03-6143 5656
  • Website : mycorezone.com/
  • Facebook : @Corezone

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!