fbpx
LOADING

Type to search

Berita BP Editor Pick Kemalangan Rare BP

Pendaki popular ‘Bikini Climber’ maut akibat cuaca sejuk & terjatuh semasa pendakian!

MM January 22, 2019
Share
  • Gigu Wu, 36, jatuh terjunam dari ketinggian 65 kaki ke dalam gaung berhampiran Gunung Yushan di Taiwan
  • Dia sempat membuat panggilan kecemasan kepada rakan menggunakan telefon satelitnya pada hari Sabtu
  • Wu, yang dikenali sebagai pendaki berpakaian bikini ditemui mati 28 jam selepas panggilan kecemasannya
  • Wu yang gemarkan aktiviti lasak, mendedahkan dia menghabiskan 127 hari mendaki sepanjang 2018 dalam satu entri di Facebookย 

Awas buat semua pendaki gunung tegar! Seorang wanita Taiwan yang terkenal di laman sosial sebagai “Bikini Climber” kerana tabiat peliknya yang gemar mendaki gunung dalam pakaian renang atau bikini, ditemui mati selepas terjatuh dari ketinggian hampir 20 meter di sebuah taman negara di Taiwan.

Gigi Wu telah berjaya dikesan oleh pasukan penyelamat dalam keadaan beku setelah memulakan pendakian solo melalui Taman Negara Yushan.ย 

Misi pencarian menggunakan helikopter penyelamat Black Hawk gagal mencapai kedudukannya dalam masa terdekat disebabkan cuaca buruk dan iklim sejuk di kawasan itu. Namun, wanita itu disahkan telah meninggal dunia sejurus pasukan penyelamat tiba.

#TRIVIA

  • Jade Mountain (Yushan) adalah gunung tertinggi di Taiwan dengan ketinggian 3,952 meter (12,966 kaki)
  • Taman Negara Yushan terletak di Jajaran Gunung Tengah Taiwan
  • Ia melintasi empat daerah iaitu Nantou, Chiayi, Kaohsiung dan Hualien, meliputi kawasan seluas 105 ribu hektar
Foto - AsiaWire
Foto - AsiaWire
Yushan's (Jade Mountain) Southern Peaks by Taiwan Adventures

Sehari sebelum sambutan Krismas, Wu turut berkongsi imej yang menunjukkan kesan lebam dan luka pada bahagian kaki akibat terjatuh namun mengakui dirinya bernasib baik kerana masih hidup. Malang tidak berbau.

Wu mempunyai followers yang ramai di media sosial di mana dia sering berkongsikan foto-foto memakai bikini ‘menawan’ puncak tertinggi sekitar Taiwan. Salam takziah dari BackPackerz.

Sumber: Astro Awani & Dailymail
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!