Type to search

Airlines Berita BP Insiden

Penerbangan AirAsia Laluan Pulau Pinang-Melaka Disambung Semula Esok

Share
  • Melaka merupakan destinasi domestik keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hab Pulau Pinang
  • AirAsia menawarkan penerbangan setiap hari (tujuh hari seminggu) bagi laluan baharu Melaka-Pulau Pinang
  • Kerajaan negeri Melaka menyasarkan seramai 75 ribu orang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) selepas pelbagai laluan baharu dibuka oleh syarikat penerbangan tempatan

Tahniah AirAsia atas penerbangan sulung membawa 174 penumpang menerusi penerbangan laluan baharu menghubungkan Pulau Pinang ke Bandaraya Melaka Bersejarah pada 1 Julai lalu.

AirAsia rai ketibaan penerbangan sulung ke Melaka

Dengan pembukaan laluan tersebut, kedua-dua destinasi pilihan pelancong ini bakal menyumbang kepada lebih ramai kedatangan pengunjung luar mahupun tempatan, sekali gus membantu merancakkan sektor pelancongan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia.

AirAsia, the world’s best low-cost airline for the 11th consecutive year has celebrated and marked the arrival of its inaugural flight from Penang to the historic state of Melaka

Namun, semalam (4 Julai 2019), operasi penerbangan Melaka-Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam telah dihentikan sementara selepas mengalami masalah teknikal pada sistem navigasi di terminal.

Insiden tersebut mengakibatkan 132 penumpang pesawat AirAsia terkandas namun semua penumpang dibawa menaiki bas pemindahan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki pesawat lain ke Pulau Pinang.

Update terkini, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka memberitahu Bernama bahawa operasi penerbangan di LTAM membabitkan AirAsia, bagi laluan Pulau Pinang-Melaka dijangka pulih esok.

Penerbangan AirAsia AK6284, menggunakan pesawat Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang disambut dengan pancuran air semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Dimaklumkan, prosedur penerbangan juga telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan AirAsia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak terlibat dalam menangani masalah teknikal pada alat pandu arah navigasi.

Secara tidak langsung, laluan baharu Melaka-Pulau Pinang bukan sahaja akan mengembangkan industri pelancongan tempatan tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk kedua-dua destinasi tapak warisan dunia UNESCO.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!