fbpx

Type to search

Berita BP DekatJe Rare BP

“Pillars of Sabah 2.0” Kembali Mewarnai Kota Kinabalu – Memang Instagram Worthy Spots!

Share

Selepas kejayaan projek kesenian komuniti pertama “Pillars of Sabah” pada September 2018, misi kesedaran terhadap spesies terancam ini diteruskan pada edisi kedua. 


Pillars of Sabah 2.0 diinspirasikan oleh tiga warga Sabah iaitu Melissa Lo (designer), Red Hong Yi (local artist) dan Jared Abdul Rahman (filmmaker) untuk menunjukkan bahawa ruang terbengkalai boleh diubahsuai untuk dijadikan ruang pameran awam yang bersahaja dan santai menerusi seni lukisan kreatif.

these are our AMAZING and SUPER TALENTED Pillars of Sabah 2.0 artists!
One of the message at Pillars of Sabah 2.0 painting

Setiap lukisan tersebut mengandungi mesej tersendiri iaitu menyuarakan kebimbangan terhadap semua haiwan yang terancam atau dalam bahaya di rantau ini.

Kalau korang berkunjung ke Kota Kinabalu, terus sahaja ke tapak bangunan Jabatan Kebajikan di Jalan Haji Saman. Tempat terbengkalai ini sudah kembali meriah dengan lukisan berwarna-warni yang menggambarkan kehidupan liar Sabah.

Setiap tiang bangunan lama itu dilukis dengan 30 imej hidupan liar terancam sama ada di hutan atau laut dengan sasaran untuk memupuk kesedaran mengenai perubahan iklim serta keperluan bagi melindungi hidupan liar Sabah yang semakin diancam kepupusan.

If we don’t do something to tackle this problem quickly, soon we will lose our wildlife entirely
Good spot to take Instagram photo too! Photo - David Koo
The project was well creating a new popular place of interest in the city for locals & tourists alike

“Ini adalah edisi kedua Pillars of Sabah 2.0 yang dianjurkan bersama sebuah kumpulan penggemar seni dengan kerjasama World Wildlife Fund (WWF-Malaysia)dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)”


Pillars of Sabah also inspired the community towards a sense of active appreciation for art & its message
Our hope that the pillars will be a platform of education for all who come here

Pillars of Sabah 2.0 turut menerima sumbangan cat daripada Nippon Paint sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka. Projek CSR ini dilancarkan sempena Earth Hour 2019 pada 6 April 2019. 

Ilustrasi haiwan yang dipamerkan termasuk Sunda Pangolin, Sumatran Rhinoceros, the Bornean Sun Bear, the Borneo Pygmy Elephant, Green Turtle, Hornbill dan banyak lagi.

Our wildlife are fast disappearing in the wild due to human development, poaching & illegal wildlife trade
"Life is art, lives yours in color"

INFO

  • Sekiranya korang merancang untuk melawat Pillars of Sabah 2.0 ini, ia betul-betul bersebelahan bank HSBC sebagai landmark, lihatlah tiang-tiang berseni yang terpacak segak di tengah bandar Kota Kinabalu.
  • Kini, lokasi projek seni ini menjadi tempat santai bergambar yang terkenal dan juga “Instagram-worthy spots“.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!