fbpx

Type to search

Feast BP Travelog BP

#PortHalal – Kena rasa pizza, kebab & ‘Tea Tare’ Pakistan di Itali

Share
  • Itali, salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia, yang terletak di Eropah Selatan
  • Itali mempunyai kira-kira 3 juta penduduk Islam, 4 peratus daripada jumlah populasi penduduk (sumber: Amanah Halal Research) 

Bagi pengembara Muslim yang rancang ke Itali, percutian korang ke sini perlu bersedia dengan penggunaan kasut yang selesa kerana bandar Roma merupakan sebuah kota besar yang memerlukan anda berjalan sepanjang masa. Pengalaman meneroka secara street walking baru best! 

Rome atau Roma merupakan bandar yang padat dengan tarikanTapak Warisan Dunia (UNESCO), monumen terkenal, pantai, muzium dan galeri, malah merupakan ‘syurga’ untuk penggemar pizza, kebab atau Italian Cuisine.

Teruskan merancang percutian ke bandar abadi ini kerana terdapat banyak pilihan kedai makan halal yang boleh dinikmati tanpa ragu-ragu. 

White boat crossing a gray concrete bridge, Rome
Busy day in Rome

1 – Fly Pizza Kabab

Menurut pengembara yang pernah kongsikan pengalaman, Fly Pizza Kabab merupakan salah satu dari belasan restoran yang menawarkan makanan halal di kota fesyen Milan. Pembukaan premis ini seperti kedai kebab biasa tetapi anda berpeluang merasai kelazatan kebab daging dan ayam, pizza khas Itali dan kentang goreng.

Jangan khuatir atau tidak yakin soal halalnya, kerana tanda halal jelas kelihatan di premis restoran ini. Landmark restoran ini adalah terletak berhampiran Piazzale Libya atau lebih tepat di depan perhentian trem laluan Via Cadore Via Bergamo. Fly Pizza Kabab terletak di 27 Via Bergamo, Milan, Itali 

Jap, apa ertinya kalau korang ke Itali tapi tidak makan sebanyak mungkin pasta, pizza with mushrooms, spaghetti with tomato sauce, Italian roll dan sebagainya. Berikut adalah cadangan seterusnya untuk korang pesan! 

Fly Pizza Kabab

2 – Pizzeria Luna Caprese

Jika inginkan sajian autentik Italian, korang boleh ke Restoran Luna Caprese yang terletak tidak jauh daripada Trevi Fountain. Premis makan ini merupakan port makan yang menjadi tumpuan bagi pengembara Muslim.

Kalau datang ke Roma, rugi tak rasa jenis pizza kebab (margherita), pizza coklat, kebab pizza, beef burger dan vegetarian pizza. Premis ini dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga lewat malam.

*Alamat: Via Rasella, 130, Fontana di Trevi, Roma.

3 – Maddina Tandoori Restaurant

Florence terkenal sebagai bandar yang digelar Renaissance architectural dan Art center. Ia adalah ‘rumah’ kepada koleksi muzium, taman, istana, sentuhan seni lukisan serta ukiran yang klasik. Kalau korang ‘merayap’ sampai ke Florence, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Maddina Tandoori yang terletak di 47r Via de’ Bardi, Florence.

Premis makan ini juga tidak jauh daripada jambatan Ponte Vecchio. Menurut pengembara lokal dan review, pemilik Maddina Tandoori berasal daripada Pakistan, dan mereka menyajikan makanan selera Itali serta Pakistan. Paling menarik, sesiapa ‘kaki’ lepak mamak mesti korang nak cuba ‘tea tare’ iaitu teh tarik. 

Kemudahan lain adalah menu lengkap halal, alcohol free, tandas yang bersih, dan kemudahan pengangkutan awam yang dekat.

Owner of Maddina Tandori Restaurant in Florence

Nota kaki – Jika korang ada ternampak menu pizza atau pasta dengan tulisan “prosciutto”, itu adalah hirisan nipis daging babi. Jadi, lebih berhati-hati dan jangan pula jadikan isu makanan sebagai alasan utama untuk korang berat hati nak pergi travel.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!