fbpx
LOADING

Type to search

Berita BP Editor Pick Insider BP Travel

Pulau Pinang Bakal Jadi Kawasan Larangan Merokok Sepenuhnya!

MM January 17, 2019
Share
  • Penang digelar sebagai “syurga makanan” Malaysia dengan pelbagai makanan jalanan dan makanan penjaja
  • Penang adalah negeri pertama di Malaysia untuk melancarkan kempen “Hari Tanpa Plastik”
  • Georgetown merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO

Pulau Pinang adalah negeri terkecil kedua di Malaysia, dan terdiri daripada dua bahagian – Penang (Pulau) dan Seberang Perai.ย Usaha berterusan Kerajaan Penang untuk melindungi penduduk negeri ini daripada bahaya asap rokok perlu dipuji.

Malah BackPackerz juga berpendapat, langkah yang akan dilaksanakan ini bakal menambah baik prestasi Penang sebagai destinasi tarikan pengunjung luar khususnya di beberapa kawasan tarikan pelancong, kawasan awam dan taman rekreasi.

Penang night view
Penang trishaw

Pulau Pinang merancang untuk mewartakan ‘non smoking area‘ di SELURUH negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai langkah untuk menjadi negeri bebas asap rokok!ย Pada masa sama, program kesedaran awam tentang larangan merokok perlu digiatkan lebih banyak lagi.

Inisiatif ke arah Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) telah pun dikuatkuasakan melalui pewartaan enam taman rekreasi awam sebagai kawasan larangan merokok sejak 2012 iaitu di Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.


Buat pengetahuan korang, usaha ini telah dilaksanakan dengan mewartakan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) Georgetown sebagai ‘non-smoking area’ sejak 4 Julai 2015.


Pertimbangan untuk menyediakan kawasan khas untuk merokok merupakan langkah terbaik bagi merealisasikan usaha Penbar ini. All the best Penang!ย 

Kapitan, India Street
Mural at Hin Bus Depot
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!