LOADING

Type to search

Berita BP

Ragu-Ragu untuk Makan di Taiwan? Halal.TW Sedia Membantu

MM November 15, 2018
Share

Pelancong luar yang bercuti ke Taiwan mula meningkat sejak kebelakangan ini. Sepanjang tahun 2017, Taiwan Tourism telah mencatatkan 3 juta pelancong asing melawat ‘negara pulau’ yang terletak di tenggara China.


Daripada keseluruhan 24 juta penduduk, hanya tiga peratus (300 ribu) sahaja penduduk Islam, secara tidak langsung makanan halal menjadi kekangan utama terhadap pelawat, mahasiswa mahupun pengembara berstatus Muslim yang datang ke Taiwan.

Kebanyakan pelawat datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia dan Indonesia, majoriti penduduknya adalah Islam. Berikutan itu, kerajaan Taiwan telah memperkenalkan “Muslim-friendly tour”.

Bertitik tolak daripada itu, sekumpulan sembilan orang mahasiswa National Taiwan University of Science (NTUS) yang terdiri daripada pelajar Indonesia dan Taiwan telah membangunkan aplikasi “Halal.TW” (Halal.Taiwan). 

Sehingga kini, Halal.TW menyediakan maklumat tentang lokasi dan nombor telefon lebih daripada 300 gerai, restoran, dan hotel yang menyediakan makanan halal serta perkhidmatan mesra Muslim. Sudah tentu aplikasi ini mendapat pengiktirafan halal dari Chinese Muslim Association (CMA) yang bertindak sebagai badan penyelia serta pemantau makanan halal di Taiwan. Alhamdulillah!

  • Trivia – Di Taiwan, terdapat empat pensijilan & logo halal yang dikeluarkan CMA iaitu MR (Muslim Restaurant), MFR (Muslim Friendly Restaurant), MFT (Muslim Friendly Tourism) dan MCH (Muslim Certification Hotel).
kredit - Halal.TW

Pengguna aplikasi ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Islam lokal tetapi turut diguna pakai oleh pelancong mahupun business travelerHalal.TW juga merangkumi informasi berkaitan lokasi masjid, surau, pusat membeli-belah yang menyediakan makanan ringan halal serta tempat solat di kawasan awam.


Quick Facts

  • Aplikasi ini telah dimuat turun oleh 10 ribu pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.
  • Halal.TW menawarkan tiga pilihan bahasa – Chinese, English & Indonesia.
  • Boleh dimuat turun secara percuma di App Store & Google Play.
Sumber – Utusan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!