fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP

Rakyat Malaysia Tidak Memerlukan Visa ke Amerika Syarikat? Itu Berita Palsu! – Wisma Putra

Share
  • Pada masa ini, hanya 38 negara layak untuk masuk tanpa visa ke Amerika Syarikat, Malaysia bukanlah salah satu daripada mereka
  • Jika anda memasuki Amerika Syarikat atas pengecualian visa, tempoh penginapan maksimum ialah 90 hari
  • Dengan visa pelancong B-2, sebaliknya, anda biasanya dibenarkan tinggal selama enam bulan di Amerika Syarikat

Kementerian Luar hari ini menafikan artikel berita palsu yang mendakwa bahawa Amerika Syarikat telah mengecualikan keperluan visa untuk 10 negara, termasuk Malaysia.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata artikel yang bertajuk “US Adds Jamaica, 9 Other Countries to Its Visa Waiver Program” yang dibawakan oleh berita News-AP.com adalah tidak tepat.

Popular iconic in USA, Capitol Building

Setakat ini, tiada perubahan dalam status Program Pengecualian Visa untuk rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat. Jadi, korang yang ingin melawat negara Uncle Sam masih perlu memohon visa secara normal. Boleh rujuk Kedutaan Amerika Syarikat atau laman web rasmi mereka.

Kementerian Luar menyeru agar menghentikan segera peredaran berita tidak sahih itu melalui WhatsApp dan saluran media sosial atau komunikasi lain.

Yellow taxi on roadway beside busy streets of New York

Laman web berita yang dipanggil News-AP, mendakwa Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menambah 10 negara termasuk Malaysia, ke dalam program pengecualian visanya.

Oleh hal yang demikian, berhati-hati dalam menyampaikan berita yang tidak sahih terutama melibatkan hubungan diplomasi sesebuah negara seperti pengecualian visa dan sebagainya.

Sumber: Malay Mail
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!