fbpx

Type to search

Antarabangsa Editor Pick Insider BP Travel

Rancang Percutian ke Europe? Ketahui 5 Penginapan & Hostel Ini! Sesuai Sangat dengan Bajet Korang!

Share
  • Masih mencari-mencari penginapan yang bergaya tetapi mampu milik semasa bercuti di luar negara? Mesti yang korang tahu guna adalah tempahan melalui booking.com, trivago dan sebagainya
  • Sebenarnya, pengembara ala-ala BackPackerz macam korang boleh cari tempat tidur yang selesa dan ringkas untuk bermalam selama beberapa hari
  • Bahkan kalau pandai buat carian, memang boleh dapat penginapan yang murah pada setiap destinasi dengan tempah sendiri

Tiket penerbangan dah tentu susah korang nak elak tambang yang tinggi melainkan buat tempahan setahun awal. 

Traveler yang bijak dan kreatif sanggup mempertimbangkan alternatif lain untuk penginapan daripada perlu bayar $150-$200 ataupun terpaksa bayar ‘travel agency’ untuk uruskan segala itinerari.

Jo & Joe Hossegor

BackPackerz nak kongsikan 5 tempat tidur yang menawarkan persekitaran kreatif dengan harga bajet khusus kepada komuniti pengembara “sosial media” yang gemar mengembara di benua Eropah. Semestinya penginapan yang kami cadangkan ini adalah “Instagram-worthy Spots”.

1# JO & JOE HOSSEGOR, FRANCE

Jo & Joe mencipta penginapan ‘Open House’, satu jenis hospitaliti dengan konsep baru! Sebuah rumah terbuka kepada jiran, komuniti dan pelancong. Rumah yang sejuk, berpatutan dan penyayang! Dipenuhi dengan reka bentuk, mini event dan bakat yang mengagumkan.

Konsep penginapan Jo & Joe adalah new youth brand yang mensasarkan generasi sosial media di pasaran Airbnb dengan gabungan elemen terbaik dari segi penginapan private-rental, hostel serta hotel.

Korang dibiarkan bebas untuk bertemu dan bercampur dengan pengembara lain, menikmati makan malam bersama, masak, berbual, ketawa, lepak bersantai, melakukan yoga, bermain gitar, menjelajah kota dan paling penting, tidur! Jo & Joe menawarkan penginapan yang membuatkan korang live life to the fullest!

Website – Jo & Joe Hossegor 

Jo & Joe Hossegor
Jo & Joe Hossegor

2# DOCK INN HOSTEL, WARNEMÜNDE, GERMANY

Sebuah hostel besar yang terletak di pantai Baltik ini diperbuat daripada kontena perkapalan dengan susunan bertingkat. Wow!

Penginapan konsep “industrial themeini terus berkembang, dengan rekaan dinding konkrit, paip terdedah dan lebih banyak hiasan pada kontena. Sesuai buat pengembara yang gemar melakukan aktiviti laut seperti meluncur mahupun pengembara solo.

Lokasi Dock Inn Hostel ini terletak di kawasan pelabuhan yang sibuk serta persekitaran bandar di tepi pantai. Hanya 12 minit berjalan kaki ke pantai, korang boleh cuba outdoor sports seperti papan luncur paddle boarding dan bola tampar pantai.

*Katil asrama dari £17 (RM98) melalui hostelworld.com

DOCK INN Hostel Warnemünde, Germany

3# HOTEL RUM, BUDAPEST

Hotel Rum Budapest adalah hotel butik yang terletak di tengah-tengah kawasan bangunan bersejarah. Hanya 5 minit saja jarak korang perlu berjalan kaki dari Great Market Hall.

Budapest, bandar yang sangat mengagumkan. Kami ingin menjemput korang semua untuk bercuti di bandar yang menakjubkan ini dengan merasai penginapan moden ‘blok pangsapuri lama’ yang direka oleh Hungarians khusus buat pengembara bandar moden.

Hotel Rum, Budapest menawarkan 38 bilik gaya moden dengan pencahayaan retro dan skema warna muram. So, korang bila check in dekat sini, sejuk sikit mata memandang selepas penat seharian street-walking.

Website – Hotel Rum Budapest 

Hotel Rum Budapest
Hotel Rum Budapest

4# GENERATOR HOSTEL, ROME

Inginkan percutian yang indah serta berpeluang merasai pengembaraan yang padat dengan sejarah, seni bina klasik yang mengagumkan dan disajikan dengan street food yang menyelerakan?

Selamat datang ke Generator Hostel, Rome dan mengalami semua itu! Generator Hostel menawarkan penginapan yang berpatutan dengan kedudukan hostel yang terletak berhampiran Colosseum dan Termini Station.

Ia menyediakan 75 bilik yang bergaya, dari asrama kepada bilik berkembar, dengan kelengkapan fasiliti seperti free Wi-Fi, female only dorms, travel shop, laundry, luggage storage serta ruang istirahat – membuatkan diri anda sedang menginap di rumah sendiri!

*Bilik kongsi (dorm) dari £15 (RM85) bagi setiap katil.

Generator Hostel
Generator Hostel

5# Q-FACTORY HOTEL, AMSTERDAM

Q-Factory adalah tempat muzik dan ruang latihan yang terletak di Timur Amsterdam. Kini, ia dikembangkan ke dalam industri perhotelan. Di sini, semua komuniti diterima sama ada artis, pemuzik, pelancong malah penduduk tempatan.

Hotel ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti di dewan konsert, bilik latihan, kafe serta ruang kreatif. Korang boleh pilih untuk menginap dari empat jenis bilik di Hotel Q-Factory; The Backstage, The Studio, The Balcony, dan The Artist.

Semua bilik dilengkapi pancuran mandian, tandas, bar mini, peti keselamatan serta televisyen. Selain itu, sudah tentu Wi-Fi di semua sudut hotel. 

*Q-Factory Hotel adalah sebahagian daripada Q-Factory, pusat pemuzik terbesar di seluruh Eropah.

Q-Factory Hotel, Amsterdam
Q-Factory Hotel, Amsterdam
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!