fbpx

Type to search

Berita BP Event Travel

Rancang Percutian & Pengembaraan Unik ke Macau untuk Tahun 2019!

Share
  • Pada tahun 2018, Malaysia kekal sebagai salah satu daripada sepuluh pasaran sumber utama bagi ketibaan ke Macau dengan sejumlah 227,854 rakyat Malaysia pada tahun 2018

  • Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 4.4% berbanding dengan 2017! Purata pelancong Malaysia tinggal di Macau adalah 2 hari setengah

  • Macao Government Tourism Office (MGTO) akan menyertai Pameran MATTA & Pameran MITM untuk tahun 2019! 


Masa untuk menjadikan tahun 2019 lebih mencabar dan seronok! Merancang percutian dan pengembaraan yang menarik ke Macau adalah permulaan kepada tahun yang hebat!

BackPackerz perhatikan, usaha berterusan MGTO sejak kebelakangan ini dalam mempromosikan sebuah bandar permata yang bakal bersinar telah menyaksikan peningkatan pengunjung Malaysia ke Macau pada tahun demi tahun. Syabas Macau Tourism!

Macao Old Vintage

MGTO sentiasa menyediakan barisan perayaan dan acara yang lebih menarik – jadi korang tahu bahawa Macau sedang menanti kunjungan korang sebagai destinasi percutian yang tidak boleh ketinggalan.

Selain itu, MGTO juga akan menganjurkan pameran bergerak seperti Promosi Hebat Macau Roadshow di IOI City Mall Putrajaya sebelum Ramadhan. Pastikan korang tidak terlepas kerana seorang chef selebriti yang ‘dirahsiakan’ mungkin juga membuat penampilan dalam aktiviti memasak khas di roadshow tersebut.

Pelancong yang rancang bercuti ke Macau juga boleh merangka pelbagai aktiviti menarik yang tidak hanya merentasi cabaran di darat tetapi juga di laut.

Macao Ruins Of St Paul
Portuguese Egg Tart
Macao fireworks

Bagi pelancong yang sukakan cabaran, pastikan korang menaiki pelayaran lawatan Macau oleh Shun Tak-China Travel Ship Management atau Yuen Tung Shipping yang memberikan pengalaman percutian baru dengan menghubungkan destinasi menarik yang berbeza di Macau supaya pengunjung berpeluang menikmati landskap serta pemandangan bandar Macau yang mempesonakan melalui perjalanan di laluan air yang tenang.

Dari bulan Mei hingga Oktober 2019, pencinta seni boleh bergembira kerana “Art Macao” bermula untuk mengubah seluruh bandar Macau menjadi bandar budaya yang kreatif! 

Macao Government Tourism Office akan komited dalam usaha mempromosikan dan berkongsi keajaiban Macau kepada semua rakyat Malaysia. Bagi pengembara dan pengikut BackPackerz, rancanglah percutian ke Macau yang menyimpan 1001 pengalaman percutian. Jangan ketinggalan juga untuk sertai pameran bergerak dan pameran pelancongan. 

Events Highlights of 2019 by Macao Tourism
Macao Light Festival. Photo - Macao Airport.com

BackPackerz mengucapkan jutaan terima kasih atas undangan daripada pihak Macao Government Tourism Office sempena Chinese New Year Media Gathering di Table 23 Restaurant and Bar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 31 Januari 2019. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook Macao Tourism Malaysia

Macao Government Tourism Organization team during CNY media gathering
Featured image – Travel and Leisure
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!