LOADING

Type to search

Berita BP

Rancang percutian seterusnya di Matta Fair Selangor 2018, Julai ini!

MM July 16, 2018
Share

Jika sebelum ini anda pernah dengar pasal Pameran Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), yang seringkali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Satu isu khusus yang tidak dapat dielakkan adalah kekurangan tempat letak kereta di PWTC semasa Matta Fair berlangsung, dan beberapa kereta kadang-kadang ditunda. Oleh itu, Matta Fair Selangor 2018 memilih MAEPS yang mampu menyediakan tempat letak kereta yang luas serta memudahkan.

Berita baik buat industri pelancongan tempatan, Karnival Matta Fair Selangor 2018 yang pertama akan diadakan dari 27 hingga 29 Julai ini bertempat di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS), Serdang. 

Pengerusi Matta Selangor Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi berkata karnival ini akan memberi platform yang lebih menonjol untuk menyerlahkan produk pelancongan di Selangor, selain menawarkan pakej percutian lain yang wujud. 

Sepanjang karnival Matta Selangor 2018, terdapat 150 gerai pameran bakal dibuka.  Keutamaan akan diberikan kepada ejen pelancongan berlesen, organisasi pelancongan negara dan negeri, taman tema, syarikat penerbangan, serta vendor produk pelancongan yang lain.

Tidak dilupakan juga, hidangan tempatan dan antarabangsa dari trak makanan turut disediakan semasa acara. Hati senang. perut riang! Inilah pameran pelancongan pengguna pertama yang diadakan di Selangor. Jadi korang boleh tahu lebih lanjut mengenai tarikan baru seperti Sky Mirror, Kelip-Kelip Kg. Kuantan, Paragliding di Bukit Jugra, Taman Tema Bangi Wonderland dan banyak lagi. 

Pemburu pakej percutian murah destinasi tempatan mahupun luar negara pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merebut pelbagai tawaran percutian yang disediakan sepanjang Matta Fair Selangor 2018. Jom serbu MAEPS pada 27 hingga 29 Julai ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai Matta Fair Selangor 2018, ikuti perkembangan di pautan http://www.facebook.com/MATTA-Fair-Selangor-2018-358942494597428/

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!