LOADING

Type to search

Feast BP Urban BP

RESTORAN HALAL DI ITALI – Saji Pizza, Kebab, Dan ‘Tea Tare’

backpackerz April 20, 2018
Share

Pengembaraan ke salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di dunia yang terletak di Eropah Selatan ini amat menyeronokkan!

Bagi Muslim travelers yang rancang ke Itali, percutian korang ke sini perlu bersedia dengan penggunaan kasut yang selesa kerana bandar Rome merupakan sebuah kota besar yang memerlukan anda berjalan sepanjang masa – street walking!

Roma adalah rumah kepada banyak Tapak Warisan Dunia UNESCO, monumen terkenal, pantai, muzium dan galeri, malah merupakan ‘syurga’ untuk penggemar pizza, kebab atau Italian Cuisine. Teruskan merancang percutian ke bandar abadi ini kerana terdapat banyak pilihan kedai makan halal yang boleh dinikmati tanpa ragu-ragu.

APA YANG HALAL DI ITALI?

Fly

Fly Pizza Kabab

Restoran ini terletak di 27 Via Bergamo, Milan, Itali dan Fly Pizza Kabab turut menyajikan jenis hidangan ala Amerika dan Italia. Menurut traveler yang pernah berkongsikan pengalaman, Fly Pizza Kabab merupakan salah satu dari belasan restoran yang menawarkan makanan halal di kota Milan.

Pembukaan premis ini seperti kedai kebab biasa tetapi anda berpeluang merasai kelazatan kebab daging dan ayam, pizza khas Itali, kentang goreng dan sebagainya. Jangan khuatir atau tidak yakin soal kehalalnya, kerana tanda halal jelas kelihatan di premis restoran ini. Landmark Fly Pizza Kabab adalah terletak berhampiran Piazzale Libya atau lebih tepat di depan perhentian trem laluan Via Cadore Via Bergamo.

Jap, apa ertinya kalau korang ke Itali tapi tidak makan sebanyak mungkin pasta, pizza with mushrooms, spaghetti with tomato sauce, Italian roll dan sebagainya. Berikut adalah cadangan seterusnya untuk korang try!

Crapese

Pizzeria Luna Caprese

Jika inginkan sajian authentic Italian, korang boleh ke Restauran Luna Caprese yang terletak tidak jauh daripada Trevi Fountain. Premis makan ini merupakan port makan yang menjadi tumpuan luar biasa bagi muslim travelers. Kalau datang ke Rome rugi tak rasa jenis pizza kebab (margherita), pizza coklat, kebab pizza, beef burger dan vegetarian pizza. Premis ini dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga lewat malam.

*Alamat: Via Rasella, 130, Fontana di Trevi, Roma.

10406448_392519527591903_59061354350217284_n

Maddina Tandoori Restaurant

Foto: http://sampaisudah.com/

Florence terkenal sebagai satu bandar di Itali dan digelar Renaissance architectural dan art centers. Ia adalah ‘rumah’ kepada koleksi muzium, taman, istana, sentuhan seni lukisan serta ukiran yang klasik. Kalau korang ‘merayap’ sampai ke Florence, jangan lupa untuk singgah ke Restauran Maddina Tandoori yang terletak di 47r Via de’ Bardi, Florence.

Premis makan ini juga tidak jauh daripada jambatan Ponte Vecchio. Menurut lokal traveler dan review, pemilik Maddina Tandoori berasal daripada Pakistan, dan mereka menyajikan makanan ‘selera’ Itali serta Pakistan. Wow! Mana-mana ‘kaki’ lepak mamak mesti korang nak cuba ‘tea tare’ iaitu teh tarik. Maddina Tandoori Restaurant beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 10 malam.

*Kemudahan lain – full halal menu, alcohol free, clean restrooms, dan mass transit nearby.

Nota kaki

Jika korang ada ternampak menu pizza atau pasta dengan tulisan “prosciutto”,
itu adalah hirisan nipis daging babi. Jadi, lebih berhati-hati. Forza Italia!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!