fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Travel

Rusa dicuri & populasi biawak berkurangan, Taman Nasional Komodo akan ditutup!

Share
  • Taman Negara Komodo, sebutan bahasa Indonesia
  • Taman Nasional Komodo terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat
  • Di samping melihat komodo, korang juga boleh layan snorkeling di Pulau Kelor 

Melancong ke Taman Nasional Komodo memang pengalaman percutian yang menarik. Keistimewaan Pulau Komodo tidak mudah dilupakan bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki dan melihat biawak komodo, salah satu haiwan purba yang masih terpelihara di sini.

Foto - Arwin Adityavarna

Berita mengejutkan! Mungkin korang terpaksa menangguhkan seketika keinginan bercuti di Taman Nasional Komodo. Menurut laporan agensi berita Antara, pemerintah Nusa Tenggara Timur (NTT) bercadang untuk menutup lokasi pelancongan Taman Nasional Komodo selama satu tahun.

Langkah tersebut diambil sebagai usaha meningkatkan jumlah populasi biawak komodo dan juga rusa yang menjadi makanan utama reptilia besar itu.

Pemerintah NTT akan melaksanakan kerja baik pulih di kawasan Taman Nasional Komodo agar menjadi lebih baik, seterusnya memastikan habitat komodo bertambah.

Tambah Gabenor NTT, Viktor Bungtilu Laiskodat, Taman Nasional Komodo akan ditutup selama satu tahun tanpa menyatakan butiran lengkap mengenai tarikh penutup bermula. Habitat komodo di Manggarai Barat, sebelah barat Pulau Flores semakin berkurang, selain keadaan fizikal reptilia itu yang kecil kerana kekurangan makanan.

Difahamkan, saiz tubuh komodo tidak sebesar dulu kerana populasi rusa yang menjadi makanan utama bagi reptilia ini telah berkurangan berikutan kes pencurian rusa di kawasan itu.

Menjadi kebimbangan mereka adalah sekiranya biawak komodo tersebut menyerang sesama sendiri akibat kekurangan sumber makanan. Naluri haiwan akan terserlah apabila rantai makanannya berkurangan. Jika makanan utama seperti rusa melimpah, maka naluri dan populasi akan berbeza.

Disebabkan itu, pihak pemerintah mahu melakukan pemuliharaan serta penataan kawasan komodo dengan menutup sementara Taman Nasional Komodo daripada kunjungan pelancong selama setahun.

Selain itu, mereka juga sedang menyiapkan dana sebesar 100 juta Rupiah (RM290 ribu) untuk membiayai pembangunan di salah satu Tapak Warisan Dunia (UNESCO), Taman Nasional Komodo.

Sumber: Astro Awani
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!