LOADING

Type to search

Berita BP

Silangit – Lake Toba, Penerbangan sulung AirAsia telah dilancarkan!

MM October 30, 2018
Share

Info – Lapangan Terbang Silangit merupakan pintu masuk utama ke kawasan pelancongan Lake Toba, merupakan sebuah tasik gunung berapi terbesar di Asia Tenggara dan salah satu tasik terindah di dunia.


AirAsia telah melancarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Silangit-Lake Toba pada 29 Oktober lalu. Penerbangan AirAsia AK411 ke Lake Toba merupakan destinasi terbaru syarikat penerbangan tersebut di Asean. Now Everyone Can Fly!

Silangit Airport terletak di Siborong-Borong, Sumatera Utara. Buat pengetahuan anda, Sumatera Utara ialah sebuah wilayah di pulau Sumatera. Bandar utama adalah Medan, Indonesia.

Menerusi perkhidmatan AirAsia Fly-Thru, para tetamu dari 20 buah bandar seperti Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching Guangzhou, Chongqing, Changsha, Chengdu, Hangzhou, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Shenzhen, Xi’ An, Taipei, New Delhi, Hyderabad, Chennai, Melbourne, Sydney, dan Singapura kini boleh melawat ke Silangit – Danau Toba dengan satu hentian di Kuala Lumpur. Siapa kaki ‘backpack’ dah boleh plan itinerari seterusnya ke Sumatera Utara – Danau Toba. 

Anda juga boleh menyambung penerbangan bersama bagasi terus ke destinasi akhir tanpa perlu melepasi imigresen di hab transit. Terima kasih atas kerjasama baik terutamanya Wonderful Indonesia dalam membangunkan “Danau Toba” sebagai 10 destinasi pelancongan utama di Asean.

Tarikan lain

  • Kampung-kampung tradisional dan resort seperti Tuktuk terletak di sepanjang pantai dan di pulau Samosir yang luas
  • Di Sumatera Utara, terdapat dua taman negara iaitu Taman Negara Gunung Leuser dan Taman Negara Batang Gadis
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!