Type to search

Berita BP

‘Solomoons’: Trend Bulan Madu Secara Solo Selepas Kahwin – Harap Tidak Jadi Ikutan Di Malaysia

Share
  • Konsep ‘bulan madu berasingan’ menjadi trend di Amerika, dipanggil ‘Solomoon’ atau ‘Unimoons’
  • Pakar Pengatur Temu Janji menganggap ianya fasa evolusi terkini dalam institusi perkahwinan

Rancang perkahwinan bersama, dating bersama, bersanding bersama tetapi selepas kahwin, masing-masing pergi bercuti secara solo ke tempat yang diingini.

Trend yang digelar ‘solomoon’ atau ‘unimoon’ kini menjadi trend dalam kalangan pasangan muda yang baru berkahwin di Amerika, seperti yang dilaporkan akhbar The New York Times.

“Saya ke destinasi yang saya sukai tanpa ditemani suami. Begitu juga dengannya. Dia pergi ke destinasi yang disukainya tanpa saya,” jelas Irene O’Brien yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suaminya, Mel Maclaine kepada The Times.

“Selepas bercuti secara berasingan, kami bertemu semula di Dublin dan menceritakan pengalaman indah masing-masing. Ianya memang menyeronokkan,” tambahnya.

Solomoon trends. Photo - Papilot

Menurut Pakar Pengatur Temu Janji dalam talian (Bumble), Jessica Carbino, perkembangan terbaharu ini dianggap sebagai evolusi dalam institusi perkahwinan.

Namun, menurut Penyelidik Kanan di Kinsey Institute yang banyak melakukan kajian tentang hubungan pasangan, Helen Fisher menjelaskan konsep bulan madu berasingan ini boleh ‘menggagalkan tiga cetusan rangsangan otak terhadap keupayaan mengekalkan hubungan dalam jangkamasa panjang.’

“Saya ini mungkin sedikit old-fashion. Tetapi bagi saya perkara ini mengarut. Anda baru sahaja berkahwin dan terus terlepas untuk melakukan sesuatu yang indah bersama pasangan anda,” jelas beliau.

Netizen di media sosial juga seakan bersetuju dengan Helen. Seorang pengguna Twitter, Lisa Zizzo menulis “Unimoon? Babymoon? Mengarut…cakap sajalah pergi bercuti, lebih mudah.”

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!