fbpx
LOADING

Type to search

Insider BP Travel

Souvenirs ‘Wajib’ Beli Kalau Melancong ke 10 Negara Eropah Ini!

MM February 28, 2019
Share

Setiap kali korang pulang dari percutian di Eropah atau pengembaraan di bumi Timur Tengah, perkara pertama yang ditanya oleh kenalan rapat adalah cenderamata, key chains, baju dan bermacam lagi.

Tapi, paling ‘best’, bila korang dah beli dan serah pada kenalan, pandai pula kata cenderamata tersebut hanya biasa-biasa dan boleh didapati di Malaysia. Eh sakit pula hati kita! Haha

Oleh itu, meh #Backpackerz kongsikan cadangan ‘bijak’ untuk korang cari buah tangan yang sesuai mengikut negara-negara yang dikunjungi agar ‘nilai’ cenderamata yang dibeli lebih dihargai dan disayangi oleh si penerima.


Jadi, korang boleh lupakan terus rantai kunci ‘biasa’ dan kemeja-T longgok yang sering menjadi pilihan, walhal setiap negara Eropah sebenarnya menawarkan cenderamata unik serta ‘original’ yang berasal dari negara itu. Rugi jika tidak berbelanja untuk bahagian ini. 


Itali terkenal dengan barangan kulit

1 – ITALI: BARANG KULIT

Negara ini padat dengan flea market atau pasar lambak yang dipenuhi dengan vendor peniaga yang menjual pelbagai barangan kulit seperti beg ke tali pinggang hingga ke buka nota catatan.

Pasar yang paling terkenal dan tempat yang sesuai untuk mencari barangan kulit yang berkualiti adalah Pasar San Lorenzo yang terletak di Florence.

Beg kulit, tali pinggang & bermacam lagi

2 – CROATIA: JANTUNG LICITAR

Cenderamata ini merupakan sebahagian daripada warisan budaya Croatia. Popular di seluruh Croatia, jantung licitar adalah kek mudah yang diperbuat daripada tepung, air, yis dan gula.

Ia dibentuk dengan cetakan timah dan kemudian dibakar serta dicat warna-warna cerah – paling biasa dilihat adalah warna merah. Cenderamata bentuk hati ini telah wujud sejak abad pertengahan, versi dan saiz yang lebih kecil boleh dijadikan hiasan pokok Krismas yang hebat. Hohoho merry christmas! 

Croatia tawar cenderamata seperti jantung licitar

3 – BELANDA: TEMBIKAR DELFTWARE

Delftware adalah tembikar biru dan putih yang dinamakan sempena bandar dimana ia dihasilkan. – Delft, sebuah bandar beralun terusan di Barat Belanda.

Tembikar itu bermula pada tahun 1600-an, dan anda boleh mencari tembikar ini di seluruh Belanda. Setiap keping terdiri daripada piring ke teko dan patung-patung dekoratif.

Setiap keping terdiri daripada piring ke teko dan patung-patung dekoratif

4 – AUSTRIA: MOZARTKUGELN

Mozartkugeln adalah gula-gula bersalut coklat yang diisi dengan marzipan dan nougat yang berperisa pistachio. Ianya adalah salah satu jenis konfeksi (manisan) yang paling disukai di Austria.

Coklat Mozartkugeln ini telah dibuat di Salzburg pada tahun 1890 oleh Paul Furst yang memutuskan untuk menamakan coklat ciptaannya sempena komposer Austria yang terkenal iaitu Wolfgang Amadeus Mozart. Dengar cerita memang sedap tapi belum pernah rasa lagi. 

Ianya adalah salah satu jenis konfeksi (manisan) yang paling disukai di Austria

5 – ROMANIA: SUDU KAYU

Sebaik sahaja digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal, sudu kayu Romanian kini kebanyakannya telah menjadi satu barang hiasan yang popular. Alat-alat perkakas dapur yang diukir tangan ini datang dalam pelbagai reka bentuk yang berbeza, dari imej binatang ke simbol keagamaan dan orang.

Kalau korang beli sudu kayu Romania ini, tentunya golongan ibu-ibu pasti suka dan gembira!

Sudu kayu Romanian kini kebanyakannya telah menjadi satu barang hiasan yang popular

6 – SEPANYOL: KIPAS TANGAN

Jika anda berpeluang ke Spain, korang berpeluang melihat wanita menggunakan kipas tangan berwarna-warni di seluruh Sepanyol. Walaupun anda tidak berhasrat untuk menggunakan kipas bagi tujuan sebenar, ia boleh berfungsi sebagai sekeping hiasan yang hebat.

Kipas tangan ini sesuai digunakan sewaktu bertandang ke majlis perkahwinan, acara & sebagainya

7 – TURKI: KOPI TURKI

Buat pengetahuan korang, kopi Turki dihidangkan dalam warna hitam dan terkenal kerana lebih ‘kaw’ dan manis berbanding kopi biasa yang anda dapati di Amerika Syarikat.

Kurukahveci Mehmet Efendi adalah salah satu daripada jenama kopi Turki yang popular di negara ini. Kopi secara tradisional dihidangkan dalam cawan tembaga di Turki! 

Jika anda inginkan pengalaman merasai aroma kopi Turki yang sebenar, minum di dalam cawan bersama piringnya juga

8 – POLAND: AMBER

Dikenali sebagai emas Baltic, amber boleh didapati di mana-mana sekitar bandar pelabuhan Poland Gdansk.

Anda akan menemui banyak butik di pasar jalanan yang menjualnya sebagai perhiasan unik diperbuat daripada bahan yang semata-mata resin pokok yang telah menjadi keras dan direndam dalam air.

Poland pernah menganjurkan pameran amber antarabangsa dengan penglibatan lebih daripada 215 vendors

9 – SWEDEN: KUDA DALA

Diasaskan pada abad ke-19, cenderamata kuda dala telah dinamakan untuk wilayah bersejarah atau landskap di pusat Sweden iaitu Dalarna.

Kuda-kuda yang dicat dengan warna terang kini dianggap simbol tidak rasmi di negara ini, dan walaupun kuda dala ini popular sebagai cenderahati, kebanyakan penduduk tempatan di sana menyimpan satu di kediaman masing-masing.

Kuda dala merah adalah yang paling tradisional

10 – PERANCIS: KEJU CAMEMBERT

Baguette (roti panjang Perancis) mungkin tidak akan muat untuk disimpan dalam bagasi anda sewaktu perjalanan pulang dari Perancis, tetapi keju Camembert boleh!

Keju susu lembu berkrim ini berasal dari kawasan utara Normandy dan ianya sajian akhir yang ideal untuk dimakan sebagai pencuci mulut.

Keju susu mentah adalah haram di Amerika Syarikat, anda tidak akan merasai ‘keaslian’ yang sebenar. Hanya di Bonjour!
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!