fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Tragedi

Sri Lanka ‘Bermandi Darah’: 290 Mangsa Terkorban & Bom ke-9 Dijumpai Dalam Lapangan Terbang

Share
  • Sri Lanka telah mengumumkan visa percuma kepada pelancong luar dari 30 buah negara mulai 1 Mei.
  • Lonely Planet juga menyenaraikan Sri Lanka sebagai “Top 10 countries to travel in 2019”.
  • Tergempar. Sri Lanka ‘bermandi darah’ susulan siri serangan bom di beberapa lokasi sejak 21 April lalu.

BackPackerz baru sahaja berkongsi tentang status pemansuhan visa atau free visa untuk mengunjungi Sri Lanka bagi menarik pelancong dari beberapa buah negara termasuk Malaysia pada minggu lepas.

Namun selang beberapa hari, dunia digemparkan dengan serangan letupan bom di hotel mewah dan gereja yang meraikan sambutan Hari Easter di Sri Lanka pada Ahad lalu.

Surveying the damage at St. Sebastian’s Church in Negombo on Monday. (Photo courtesy - Agence France Presse)

Terkini, jurucakap Angkatan Udara Sri Lanka melaporkan bahawa operasi di lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka dihentikan sementara berikutan penemuan sebuah bom paip berukuran dua meter. Walaubagaimanapun, bom tersebut berjaya dimatikan oleh pakar bom sejurus kemudian.

Paip PVC yang dimasukkan bahan letupan itu dijumpai di laluan menuju ke Lapangan Terbang Bandaranaike. Ia ditemui beberapa jam selepas siri serangan letupan yang mengorbankan 290 mangsa dan mencederakan 500 yang lain.

All travelers in Sri Lanka are advised to reach Bandaranaike International Airport at least four hours before flight time to clear stricter security measures

Tahap keselamatan di Airport Bandaranaike telah ditingkatkan dengan penumpang dinasihat untuk tiba sekurang-kurangnya empat jam sebelum penerbangan. Langkah ini bagi memastikan tahap saringan keselamatan di lapangan terbang lebih ketat. 

Dalam perkembangan lain, AirAsia memaklumkan penerbangan pergi dan balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Colombo beroperasi seperti biasa, namun mereka sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menasihatkan agar penumpang berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum jadual penerbangan serta mengikuti arahan kakitangan dan pihak berkuasa.

Sri Lanka attacks map infographic

Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan 30 warga asing yang terdiri daripada warga United Kingdom, Amerika Syarikat, Belanda, China, Portugal dan Turki adalah mangsa korban dalam insiden berdarah itu.

Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan awal mengenai memo rancangan serangan pada Ahad namun amaran tersebut diabaikan serta tindakan lewat diambil. 

Police officers guard St Anthony's Shrine in Colombo, after bomb blasts. (Photo courtesy - Reuters)
Police & security clear the way to make access for ambulance. (Photo courtesy - AFP)
Damage at the luxury Shangri-La hotel in Colombo. (Photo courtesy - Ishara S. Kodikara/Agence France-Presse)

Siri serangan bom di Sri Lanka berlaku sekitar 8.30 pagi hingga 2.45 petang waktu tempatan pada Ahad lalu di beberapa lokasi kejadian antaranya Shangri-La Hotel (Colombo), Cinnamon Grand Colombo, The Kingsbury Colombo, Gereja St. Sebastian, Gereja St. Anthony’s, Gereja di Batticaloa, Hotel di Dehiwala dan kawasan perumahan di Dematagoda.

Adakah siri serangan yang berlaku ini adalah satu konspirasi atau serangan nekad pengganas? Biarkan persoalan itu berlalu. Usah kita menambah derita mangsa dan waris dengan menyebarkan berita atau info yang tidak berkaitan dan maklumat palsu. Sama-sama kita mendoakan Sri Lanka kembali pulih seperti biasa. BackPackerz mengucapkan salam takziah. 

Sumber: New York Times, Al Jazeera & Astro Awani
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!