fbpx
LOADING

Type to search

Antarabangsa Feast BP Rare BP

‘Sweet Table’ by Fazley Yaakob terbang ke Macau pula. Tahniah SukaSucre Bistro!

MM February 1, 2019
Share
  • Pernah menjadi viral menerusi video pendek merakamkan aksi Datuk Fazley Yaakob sedang menyediakan hidangan ‘campak-campak’ Sweet Table di atas sebuah meja di Sukasucre Bistro

  • Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 1 juta menerusi akaun Instagram @fazleyyaakob

  • Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob diberi penghormatan buat demonstrasi ‘Sweet Table’ di Taipa Village, Macau. Powerrr! 


Konsep hidangan manisan Sweet Table ini pernah tular dan mendapat perhatian netizen dan komuniti ‘membawang’ di Malaysia. 

Chef Selebriti Datuk Fazley mengucapkan terima kasih kepada netizen yang pernah mengutuk konsep makanan yang diperkenalkannya kerana Sweet Table telah berjaya melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Wow!

Foto - SukaSucre Creatives

Penyanyi dan juara MasterChef Selebriti Malaysia musim 2012 ini diberi penghargaan untuk menunjukkan skil hidangan unik ‘Sweet Table’ kepada penduduk dan pelancong di Taipa Village Macau pada 27 Januari lalu.

Ia sempena meraikan “Year of Gastronomy” serta program Teroka Halal ke Macau anjuran Macao Government Tourism Office (MGTO), SukaSucre Creatives dan PNL Travel Sdn Bhd.

Peluang tersebut merupakan satu apresiasi kepada Fazley apabila Sweet Table mendapat perhatian orang luar serta mengharumkan nama Malaysia ke peringkat dunia khususnya dalam industri makanan dan kulinari. #MalaysiaTanahAirku

Foto - Shahrul Izzat Abdullah (SukaSucre Creatives)
Ketua chef restoran, Chef Ricardo Alves

Menariknya, demonstrasi tersebut mendapat perhatian pelancong setempat, media Macau dan wartawan Malaysia yang diundang oleh MGTO di Taipa Village, Macau. 

Mereka mengerumuni ruang legar Restoran Tapas De Portugal bagi menyaksikan persembahan Sweet Table oleh Datuk Fazley Yaakob. sambil dibantu oleh ketua chef restoran terbabit, Chef Ricardo Alves.


Trivia – Taipa Village, Macau adalah destinasi pelancongan yang menonjolkan gambaran tentang kehidupan setempat di sini. Terletak di kawasan Taipa yang tertua dan paling dipelihara, Taipa Village merupakan deretan rumah kepada nelayan tempatan. Popular dengan tarikan warisan, street food, kedai unik, persembahan seni dan hiburan jalanan.


Panorama view of Macao buildings and streets.
A retro kind of Starbucks building at Rua de Cunha, Taipa Village by Pinterest

Menurut Fazley, Macau adalah lokasi pelancongan mesra Muslim dan terdapat banyak lokasi menarik serta makanan halal yang boleh dicuba. Macau turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong Muslim seperti tandas, penginapan, restoran, tempat beribadat dan lain-lain. 

Antara lokasi menarik yang dikunjungi Fazley adalah Taipa Village, Taipa Houses, Macao Tower, Michelin Star Halal Restaurant, Parisian Eiffel Tower, Coloane Village dan banyak lagi. 

Semua informasi ini korang boleh dapatkan menerusi risalah Panduan Pelancong Muslim di Macau. Percuma sahaja!

Foto - Astro Gempak
Sweet table kena serang di Taipa Village
Foto - Taipa Village Macao

Sumber: Astro Gempak, Mstar & Harian Metro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!