fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Editor Pick

Taiping dinobatkan sebagai “Top 3 Best Cities in the World”

Share
  • Berlin International Travel Fair (ITB) merupakan pameran pelancongan terbesar di dunia yang diadakan di Berlin, Jerman
  • Majlis Perbandaran Taiping pernah mendapat anugerah serta pencalonan di peringkat kebangsaan & global
  • Antara pengiktirafan yang dikecapi adalah Best Destination Manager 2016, Malaysia Tourism Council Gold Award 2017 (Kategori Destinasi Pelancongan Warisan & Eko Terbaik) serta Anugerah ‘Best City & Town Park’ (Peringkat Kebangsaan)

Masih segar dengan kejayaan tersenarai antara Top 100 Sustainable Destinations by the Green Destination Foundation (2018), Taiping sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori “Top 3 Most Liveable City in The World” (Best Cities).

Bandar Taiping diletakkan di belakang Ljubljana, ibukota Slovenia, dan Vancouver, Kanada. Tahniah komer!

Kredit - Twitter Nga Kor Ming

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff, kejayaan itu rentetan dari bandar Taiping yang disenaraikan sebagai finalis bagi kategori ‘Best Cities’ pada 20 Februari lalu.

Anugerah berprestij dan pengiktirafan bertaraf dunia ini adalah pertama kali diterima oleh Majlis Perbandaran Taiping.

Pencapaian Taiping ini sedikit sebanyak ‘mencabar’ prestasi Ipoh yang pernah dinobatkan “Top 10 Places to Visit in Asia by Lonely Planet” pada tahun 2016/2017.

Foto kredit - Lonely Planet

“Kemenangan ini merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti Taiping, agensi serta kakitangan MPT yang berusaha menjaga kelestarian daerah Taiping,” jelas Datuk Abd Rahim Md Ariff


BackPackerz akan terus menyokong segala usaha bagi menaikkan industri pelancongan di Malaysia khususnya di Taiping seperti Taman Botani, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & Night Safari serta Antong Coffee.

Antong Coffee Factory, kilang kopi tertua di Malaysia terletak di Taiping, Perak
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!