Type to search

DekatJe Insider BP Rare BP

Taiping “Rain City” & Top 100 Destinasi Pelancongan Eko Terbaik di Dunia!

Share
  • Taiping, pekan kedua terbesar di Perak selepas Ipoh
  • Taiping “Rain City”, bandar lama yang ditakrifkan oleh air & kehijauan semula jadi
  • Taiping menawarkan makanan selera tempatan, bangunan kolonial yang elegan & seni jalanan kreatif
Foto kredit - Lonely Planet

Penduduk tempatan memujinya sebagai ‘Kota Damai’ untuk kewujudan muzium pertama Malaysia, keretapi pertama dan terbitan akhbar pertama dalam English, Bahasa Melayu dan Tamil.

Paling penulis terkenang adalah penangan kopi pekat dari Antong Coffee Factory – Kilang kopi tertua di Malaysia yang masih beroperasi sehingga hari ini.

Taiping mempunyai ramuan serta pemandangan yang lebih kurang seperti Penang dan Ipoh, cuma kapasiti Taiping ni pada skala yang lebih kecil, padat tapi mendamaikan.

#FAKTAPada tanggal 21 Disember lalu, Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018.

Pencapaian Taiping ini sedikit sebanyak ‘mencabar’ prestasi Ipoh selepas dinobatkan Top 10 Places to Visit in Asia oleh Lonely Planet pada tahun 2016/2017.

Taiping ‘Rain City’

Taiping turut dikenali sebagai kawasan yang menerima jumlah hujan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Kawasan tadahan hujan yang ditampung secara semula jadi melalui landskap seperti taman-taman tasiknya yang menghijau.

Jika korang datang ke Taiping, jangan lupa singgah ke Bukit Larut atau Maxwell Hill yang digelar kawasan paling lembap di Malaysia. Bukit Larut telah menjadi destinasi pilihan keluarga bersempena cuti sekolah lebih-lebih lagi ketika musim panas dan kemarau seperti El Nino.

Menginap di Novotel Taiping

Bagi sesiapa yang berhenti di Taiping, BackPackerz ingin mengesyorkan bermalam di Novotel Taiping yang sesuai untuk pelancong dan business travelers. Novotel Taiping terletak di atas Taiping Mall.

Ada swimming pool, gym, WiFi percuma dan lokasi hotel di tengah bandar sangat sesuai untuk korang street walking ke tempat tarikan pelancongan dalam lingkungan 15 minit. Paling best, nikmati pemandangan indah Taiping Lake Garden dari bilik korang sahaja.


#TRIVIA

1) Taiping pernah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu.

2) Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018.

BackPackerz bukan hanya menginap atau review hotel bajet, hostel, airbnb, chalet, malah hotel eksklusif 4 bintang macam Novotel Taiping pun kami layan. Memang tidur lena chorrr!

Taiping adalah satu-satunya bandar yang mewakili Malaysia dan salah satu daripada empat destinasi Asia Tenggara yang diiktiraf selepas Bojo, Lio Tourism Estate dan San Carlos City di Filipina. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!