LOADING

Type to search

Feast BP Urban BP

Tak Jadi Masalah Pun Nak Cari Restoran Halal Kat Ho Chi Minh

backpackerz April 26, 2018
Share

Pek Instant MyChef dah cuba, Brahim pun sudah, meggi sebagai back up pun sudah ada. Itu semua hanya sebagai tambahan. Apa guna melancong ke luar negara kalau tak merasa hidangan tempatan? Jom cari spot makan halal yang ada di sekitar bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

MUDAH MAKAN DI HO CHI MINH

D'NYONYA RESTAURANT

RESTORAN D’NYONYA PENANG HALAL RESTAURANT

Restoran ini dimiliki Melayu Muslim yang berasal dari Malaysia. Lokasinya berhampiran Masjid Jamia Al Muslimin (Saifon Central Mosque). Ia menyediakan pelbagai sajian halal masyarakat Makaysia termasuk beberapa sajian autentik Nyonya seperti Gulai Asam, Nyonya Kari Kepala Ikan dan Nyonya Kerabu Mangga. Tukang masak di sini juga beragama Islam.
Waktu operasi : 9.30 pagi hingga 10.30 malam (setiap hari)
Alamat : 58 Dong Du St, Ben Nghe Ward, District 1, Ho Chi Minh.

RESTORAN [email protected]

Restoran ini terletak berhadapan dengan masjid Jamia Al Muslimin di District 1. Ia menawarkan gabungan sajian masyarakat Malaysia, Vietnam dan makanan vegetarian. Sedap juga sajian-sajian yang kami sempat cuba. Antaranya Sambal Tilapia, Ayam Goreng dengan Sos Ikan, Sup Cendawan dan banyak lagi.
Waktu operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)
Alamat : 31 Dong Du, District 1, Ho Chi Minh

RESTORAN BANANA LEAF HALAL (Restoran Kampung Pandan)

Satu-satunya restoran halal yang menyediakan sajian berkonsepkan buffet di bandar Ho Chi Minh. Jenis sajian yang ditawarkan bersinspirasikan sajian masyarakat Malaysia, Singapura, India dan Vietnam. Antara yang kami suka Sambal Sotong, Sup Ayam, Asam Laksa, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng Mamak dan Nasi Lemak Ayam atau Daging.
Alamat: 573 Thu Khoa Huan, District 1, Ho Chi Minh.

KEDAI SAMSUDIN

Antara restoran yang popular di kalangan pengembara dari Malaysia serta pengusaha agensi pelancongan yang kerap membawa pelancong tempatan ke sini. Suasana dalam restoran ini nampak seperti dalam rumah di Malaysia dengan susunan meja makan dan hiasan bermotifkan Islam pada dinding. Antara sajian halal yang korang mesti cuba di sini Ayam Kuring Champa, Tomyam, Ayam Goreng Kunyit, Kangkong Belacan dan Taufu berintikan ayam atau daging.
Waktu operasi : 6.30 pagi hingga 10.30 malam.
Alamat : 445 Le Hong Phong Street, District 10, Ho Chi Minh.

RESTORAN VIETNAM DELIGHTS

Satu lagi restoran yang mesti anda cuba bila berada di Ho Chi Minh. Ia menawarkan sajian autentik Vietnam yang unik dan enak. Antara menu mesti cuba di sini ialah Set udang yang dimasak stim dengan air kelapa muda. Asam Pedas Daging juga boleh tahan walaupun rasanya berlainan dengan apa yang kita biasa makan di Malaysia. Lagi satu, set Thousand Mile Flower yang diselitkan daging. Susah nak jumpa dekat tempat lain makanan ni. Memang rare!
Alamat: 174 Le Lai Street District 1, Ho Chi Minh.

Scroll Up