LOADING

Type to search

Insider BP

Tak Mahu GunaTravel Agent? 5 sebab platform KKday Sesuai Untuk Pengembara Macam Kamu

KKday July 13, 2018
Share

Kamu dah pilih destinasi untuk pengembaraan seterusnya. Tiket kapal terbang dan beli. Hotel dah tempah. Tetapi, kamu tak pasti apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di sana. Kamu pula memang jenis tak suka guna travel agent kerana tidak mahu terikat. Apakah penyelesaiannya? Senang saja. Guna platform Kkday untuk pengalaman percutian autentik – mengikut citarasa dan kemahuan kamu sendiri!

APA ITU KKday?

KKDAY MAIN IMAGE

KKday adalah peneraju platform pelancongan e-dagang di Asia yang menghubungkan para pengembara dengan pengalaman dan aktiviti percutian lokal yang unik di seluruh dunia. Secara asasnya, kamu bermula dengan beli tiket kapal terbang, pilih hotel dan kemudian layari laman web Kkday untuk memilih bermacam jenis aktiviti autentik yang ditawarkan dilokasi tersebut dengan harga yang berpatutan. Platform ini dilancarkan sejak 2014 lalu dan kini beroperasi di sembilan buah negara iaitu Hong Kong, China (Shanghai), Singapura, Jepun, Korea, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Jom tengok 5 sebab mengapa kamu perlu guna KKday untuk merancang aktiviti pengembaraan:

KKDAY - 6 AKTIVITI

1.PILIH AKTIVITI YANG KAMU SUKA SAHAJA – “EKSKLUSIF” UNTUK KAMU!

Setiap aktiviti autentik yang ditawarkan dipecahkan kepada enam skop mengikut citarasa pengembara; lawatan setempat, lokasi-loksi tarikan pengembara, kebudayaan masyarakat setempat, kelas unik (seperti memasak sajian tempatan), aktiviti luaran seperti & mengembara dengan menggunakan pengangkutan & keperluan perjalanan seperti kereta api dan sebagainya. Pendek kata – semua jenis aktiviti ada untuk setiap pengembara dengan minat yang berbeza. Nak melihat bagaimana orang-orang Jepun di kawasan pendalaman menjalani aktiviti seharian, kamu boleh pilih aktiviti Lawatan Setempat. Atau nak melihat bunga sakura dari dalam kereta api di Alishan Taiwan, and boleh pilih pakej Pengangkutan & Keperluan Perjalanan. Memang mudah. Hanya buat apa yang kamu suka, di mana sahaja yang kamu mahu.

2.PENGALAMAN SEBENAR OLEH PENGEMBARA SEBENAR!

Aktiviti lawatan yang disediakan KKday digunakan oleh ramai pengembara dari seluruh dunia di mana setiap maklum balas aktiviti yang diberikan adalah jujur – hanya mereka yang membeli pakej lawatan sahaja boleh memberikan maklum-balas bagi memastikan informasi telus dan boleh dipercayai. Sehingga ke hari ini, lebih 1.5 juta pengguna menjadi ahli dengan purata maklum balas yang sangat baik iaitu 4.62 daripada 5 bintang untuk lebih 10,000 pengalaman percutian yang ditawarkan di lebih 80 buah negara di dunia!

3.MUDAH DIGUNAKAN – BOOKING, BAYAR & TRAVEL

Layari saja laman web Kkday, anda boleh memilih lebih 10,000 aktiviti (“self-service” package) di 500 buah bandar di dunia. Antara muka web yang mudah difahami dengan pilihan berpuluh (ada sesetengahnya hingga beratus) aktiviti di sesebuah tempat. Setelah buat tempahan, bayar secara online menggunakan Kad kredit atau PayPal. Urusan pembayaran di Kkday menggunakan sistem penyulitan (encryption) bagi menjamin urusan pembayaran yang selamat. Sudah bayar, aktiviti dah confirm – terus berjalan dengan minda yang tenang.

KKDAY PIC 2

4.PERJALANAN YANG TERATUR DENGAN PEMANDU PELANCONG PROFESIONAL

Fakta: KKday bukan agensi pelancongan! Walaupun begitu, KKday turut menyediakan pemandu pelancong untuk lebih 50 pakej yang ditawarkan kerana sesetengah lokasi tidak begitu diketahui umum dan tidak banyak informasi tentangnya. Di sinilah pemandu pelancong memainkan peranan dengan membantu pengembara memahami sejarah dan apa yang menarik di lokasi yang dikunjungi. Perbezaanya: dengan travel agent, kamu wajib pergi semua tempat dalam jadual walaupun ada yang kamu tak suka. Dengan KKday, pemandu pelancong bawa tempat yang kamu hendak pergi sahaja berdasarkan tempahan awal yang dibuat. Malah, KKday juga memiliki bas (kompak) mereka sendiri untuk memudahkan perjalanan kamu.

5.SELAMAT UNTUK PENGEMBARA WANITA – DAN SEMESTINYA LELAKI JUGA!

Statistik demografik yang dikeluarkan KKday menunjukkan 66% pengguna platform ini adalah wanita dan 34% adalah lelaki. Talian perkhidmatan pelanggan KKday beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun bagi memastikan keperluan pengembara terjamin.

ANTARA REVIEW PENGGUNA KKDAY

Apalagi yang kamu tunggu? Layari platform KKday sekarang di -> https://www.kkday.com/en

2 Comments

  1. Anonymous July 25, 2018

    Menarik ni …

    Reply
  2. backpackerz September 7, 2018

    Yup, sangat berguna untuk pengembara solo atau traveler yang bebas dari travel agent. Boleh klik pada pautan KKday.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!