fbpx
LOADING

Type to search

Editor Pick Itinerari BP Travel

Tak Susah Bercuti di Kundasang & Kota Kinabalu, Ini Itinerari 4 hari 3 malam dengan Bajet RM 499, Termasuk Kereta Sewa!

MM March 14, 2019
Share
  • Sabah, terkenal dengan keindahan & keunikan alam semulajadi
  • Kundasang merupakan satu-satunya pekan yang terletak berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu
  • Kota Kinabalu bukan saja menjadi destinasi pilihan pelancong luar, bahkan ‘geng’ Semenanjung sendiri teruja dengan tempat menarik di Kundasang seperti Desa Cattle Dairy Farm
  • Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar & dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur laut, Laut China Selatan di bahagian pantai barat & Laut Celebes di selatan

Percutian ke Sabah, Negeri Bawah Bayu lebih mudah kalau korang buat persiapan atau tempahan awal. Merancang bukan saja akan memudahkan korang malah dapat melancarkan perjalanan sepanjang percutian.

Oleh itu, BackPackerz nak kongsi tips, panduan dan itinerari di Sabah yang WAJIB korang kunjungi. Terima kasih AFS Car Rental & Tours atas guide korang! 

Kundasang, here we come!

1- TETAPKAN TARIKH

Sebelum nak bercuti, korang kena pilih tarikh yang sesuai. Survey dulu kalender tahunan untuk dapatkan cuti yang panjang. Contohnya 30 Mei merupakan Pesta Kaamatan yang diraikan di Sabah, Kalau nak rasai pengalaman yang berbeza, pilih tarikh yang bersesuaian.

2- SURVEY HARGA TIKET FLIGHT

Nak survey harga flight, mudah sahaja. Tak perlu nak ke website MAS atau AirAsia. Boleh guna website atau apps yang menyenaraikan harga untuk setiap airlines seperti Airpaz atau Traveloka. Selain itu, korang boleh guna wego.com dan anda sendiri akan nampak perbezaan harga.

3- LOKASI MENARIK

Ini paling penting! Buat carian dan tentukan tempat-tempat menarik yang ingin dikunjungi sebelum korang flyyyy! Oh, ada gerai makanan yang memang HALAL tetapi ada juga yang TIDAK HALAL seperti gerai yang ada perkataan “Sinalau Bakas” (babi hutan panggang).

Antara tempat yang menarik: Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli, Pekan Nabalu, Kundasang War Memorial Park, Desa Dairy Farm (Malaysia’s New Zealand), Kinabalu Park World Heritage Site, Poring Hot Spring, Canopy Walk, Fish Spa Massage, Sabah Tea Garden, Arnab Village Farm, Strawberry Research Farm, Mesilou Cat Village, Sosodikon Hill, Maragang Hill, Bus Cafe, Signal Hill, Kokol Haven Resort, Peak of Hope, Cowboy Town, Masjid Terapung, Kampung Salut, Todak Waterfront (I❤KK), Pasar Filipin, Pearl Shop, Dry & Salted Fish Market.

Layan sunset di Tanjung Aru

4- TEMPAT TINGGAL

Penginapan sesuai di Kundasang adalah sekitar kaki Gunung Kinabalu atau berdekatan pekan Kundasang. Paling penting, semak review pengunjung hotel juga. Antara hotel pilihan adalah;

  • Oceania Hotel
  • Sky Hotel
  • Waterfront Hotel
  • Ming Garden Hotel
  • The Cottage Hotel
  • Kinabalu Pine Resort
  • J Residence
  • Atau Homestay 

5- KERETA SEWA

Tips ini sangat penting! Cari syarikat kereta sewa yang sesuai dengan perjalanan korang kerana perjalanan ke Kundasang berbukit dan banyak selekoh. BackPackerz nak sarankan korang menggunakan servis AFS Car Rental & Tours

Mereka bukan saja menyediakan perkhidmatan kereta sewa malah pemandu juga ada jika korang inginkan. Harga yang ditawarkan pun murah dan kondisi kereta juga “TIP-TOP”. AFS Car Rental & Tours juga menyediakan pakej percutian menarik di Sabah.

AFS Car Rental & Tours

NAK AMBIL PAKEJ BERCUTI KE SABAH TAPI …

  • ✅ TAK TAHU NAK PILIH PAKEJ DARI COMPANY MANA?
  • ✅ ‘TRUSTED’ KE COMPANY NI?
  • ✅ BERBALOI DENGAN BAJET KE?
  • ✅ BANYAK KE TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI NANTI?

Hah sekarang korang tak perlu dah susah-susah nak buat perbandingan harga untuk pakej bercuti di Sabah kerana AFS Car Rental & Tours bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa percutian di Sabah. Boleh bah! AFS Car Rental & Tours mempunyai beberapa pakej ‘super jimat’ yang berbaloi.

Antara review customer yang menggunakan AFS Car Rental & Tours

BAJET & ITINERARI

*Pakej bajet 4 hari 3 malam beserta itinerari percutian yang padat dengan harga serendah RM499/SEORANG! 

Salah satu pelanggan AFS Car Rental & Tours, Puan Zaidah dan keluarganya amat berpuas hati dengan itinerari serta aktiviti yang disediakan semasa percutian di Sabah baru-baru ini. Memang sesuai untuk family vacation. Tak perlu pening untuk menguruskan percutian korang! 

Bagi ikan makan di Fish Spa Massage

DAY 1 : KUNDASANG, RUMAH TERBALIK & JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI, I’M COMING

  • Tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), staff AFS Car Rental & Tours yang peramah dan berpengalaman telah menanti ketibaan. Menggunakan van Urvan yang memuatkan 13 seater, percuma ‘baby car seat’ untuk si kecil.
  • Makan tengahari di lokasi pilihan, terus bertolak ke Kundasang (2 jam perjalanan). Singgah di tempat-tempat menarik seperti Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli dan Pekan Nabalu.
  • Sepanjang perjalanan korang disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang indah. Selepas makan malam, staff AFS akan hantar ke penginapan yang sediakan.
Dua jam perjalanan ke Kundasang yang digelar Malaysia's New Zealand
Jambatan Gantung Tamparuli

DAY 2 : I’M IN LOVE WITH KUNDASANG, PORING HOT SPRING & CANOPY WALK

  • Selepas sarapan pagi, melawat Desa Cattle Farm yang merupakan ‘hotspot’ di Sabah dan War Memorial. Kemudian meneruskan perjalanan ke Ranau untuk melawat Sabah Tea, Fish Spa Massage dan Arnab Village.
  • Perjalanan dari Kundasang ke Ranau lebih kurang 35 minit sahaja. Selepas makan tengahari, bermandi-manda di Poring Hot Spring dan berjalan di atas Canopy Walk setinggi 43 meter.
  • Kalau bertuah, korang juga berpeluang untuk melihat sendiri bunga kebanggaan Sabah iaitu bunga Rafflesia. Setelah selesai, bertolak ke Kota Kinabalu dan makan malam sebelum dihantar ke penginapan.
Family portrait berlatarbelakang Gunung Kinabalu!
Arnab Village di Ranau
Boleh bagi arnab makan di Arnab Village

DAY 3 : SNORKELING DI PULAU MANUKAN & PULAU SAPI

  • Awal pagi staff AFS akan jemput untuk bertolak ke pulau pilihan (life jacket dan snorkelling mask disediakan).
  • Korang boleh menikmati Pulau Manukan dan Pulau Sapi yang cukup cantik! Makan tengahari juga disediakan oleh AFS Car Rental & Tours.
  • Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau tersebut antaranya snorkelling, parasailing, banana boat dan lain-lain.
  • Selepas makan malam, aktiviti ‘free and easy. Korang akan dibawa ke Perdana Park & Tanjung Aru untuk layan sunset.
Selamat datang ke Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau Mamutik
Sediakan pakaian basah untuk aktiviti pulau
Korang boleh menikmati Pulau Manukan & Pulau Sapi yang membiru jernih

DAY 4 : SHOPPING TIME – PASAR FILIPIN

  • Hari terakhir di Sabah, korang dibawa ke Pasar Budaya yang dikenali sebagai Pasar Filipin. Boleh shopping keropok tempatan serta makanan laut kering.
  • Terdapat juga barangan aksesori tempatan seperti mutiara dan tekstil. Jika berkesempatan (sekiranya flight pulang lewat), staff AFS akan bawa menghayati pemandangan Kota Kinabalu dari Signal Hill sebelum bertolak ke airport.
Sightseeing di bandar Kota Kinabalu
Kota Kinabalu banyak aksesori & barangan seperti mutiara serta tekstil

Menarik dan padat kan itinerari yang AFS Car Rental & Tours tawarkan?? Review yang diberikan oleh pelanggan lain juga amat meyakinkan serta berpuas hati dengan perkhidmatan pakej bajet serta jimat yang diberikan.


Pakej yang ditawarkan oleh AFS Car Rental & Tours

Kalau hanya nak sewa kereta pun boleh, korang tempah dari website www.afscarrental.com atau hubungi di talian +601110560064 untuk mengetahui lebih lanjut perkhidmatan yang ditawarkan AFS CAR RENTAL & TOURS! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!