fbpx
LOADING

Type to search

DekatJe Feast BP

Take A Break From Nasi Kandar – 4 Lokasi Tempat Makan Rare Pulau Pinang Korang Mesti Cuba!

Kay Idris February 27, 2019
Share

Nasi Kandar Beratur, Line Clear, Deen Maju, Nasi Kandar Kampung Melayu, Restoran Hameediyah – Semua kami sudah cuba. Hakikatnya, Pulau Pinang bukan hanya famous dengan nasi kandar. Banyak lagi makanan menarik yang ada.

Team Backpackerz baru-baru ini meneroka beberapa lokasi unik yang mungkin korang tak tahu. Ubah selera kata orang. Sambil cari port makan best, kami terjah beberapa lokasi menarik baharu yang ada di Pulau Pinang.

#1 NASI 7 BENUA KOO BOO CAFÉ

Pada awalnya, Koo Boo Cafe hanya menjual masakan panas, tomyam dan nasi berwarna yang diasingkan. Kemudian, pemiliknya mendapat idea untuk menggabungkan kesemua jenis nasi warna dalam satu pinggan. Setiap bahagian nasi adalah sebesar saiz bola ping-pong, disusun dengan rapi seperti kelopak bunga.

Mula beroperasi sejak bulan Mac 2015, dan Koo Boo Cafe terletak bersebelahan dengan Stadium bola Sungai Ara atau berdekatan dengan Penang International Sports Area. Lokasi gerai ini agak mudah untuk dicari- terletak di tepi jalan sahaja menghala ke Sungai Ara.

Menurut pemiliknya, Nurul Fazni, 31, Koo Boo Cafe hanya berkapasiti kedai kecil sahaja sebelum diubahsuai ruang yang lebih besar demi keselesaan pengunjungnya. Nasi 7 Benua memberi kepuasan buat penggemar nasi berwarna kerana korang boleh rasai tujuh nasi berlainan jenis seperti nasi putih biasa, nasi minyak, nasi tomato, nasi lamuni (daun lamuni), nasi kacang dal, nasi lemak pandan dan nasi hujan panas.

Hidangan pelbagai jenis nasi di atas pinggan ini kelihatan seolah-olah mewakili tujuh benua. Setiap senduk nasi menawarkan rasa yang unik, dilengkapi dengan tekstur yang berbeza. Pernah tak korang makan kesemua jenis nasi ini? Bagi penulis, ini pertama kali try nasi kacang dan nasi ‘hujan panas’.

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe dibuka setiap hari kecuali Ahad. Waktu beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 11 pagi hingga 6 petang, manakala Jumaat dan Sabtu dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.
Alamat: Nasi 7 Benua Koo Boo Café No 231, Jalan Tun Dr. Awang, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang. Facebook – Nasi 7 Benua Koo Boo Café, Instagram – Nasi7Benua

#2 PAK DIN NASI DALCHA

Port kedua team Backpackerz sempat singgah adalah gerai Pak Din Nasi Dalcha yang terletak berhadapan stesen minyak Clatex di Jelutong, Pulau Pinang. Nasi Dalcha yang bewarna kekuningan, dimasak bersama dal dan dimakan bersama campuran kuah kari dan lauk-pauk beraneka jenis. Malah, terdapat kuah dal khas yang diasingkan buat pilihan pengunjung ke sini.

Walaupun berkonsepkan gerai sahaja, tempat ini sentiasa dipenuhi pengunjung terutama waktu makan tengahari. Kami yang tiba agak lewat (sekitar jam 2.00 petang) pun kena beratur kerana pengunjung terlalu ramai. Lauk-pauk yang dihidangkan pun banyak dan antara yang menjadi perhatian ialah paru masak itam, kari ayam, kuah dalcha, ayam goreng, ikan jaket, keli goreng dan bermacam jenis gulai ikan.

Kalau korang ke Pulau Pinang dan nak cuba makanan yang lain sedikit daripada nasi kandar, Backpackerz cadangkan korang cuba nasi dalcha Pak Din ini. Memang ‘terangkat’ beb. Ia dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 12 tengahari sehingga 9.00 malam.
Alamat: Lebuhraya Gelugor (berhadapan stesen minyak Caltex)

#3 RESTORAN KAPITAN PENANG

Jika mahu rasa ayam tandori autentik seperti di India, korang kena singgah ke Restoran Kapitan Penang yang terletak di Lebuh Chulia, Georgetown. Restoran ini menyediakan menu Nasi Biryani Claypot dengan pilihan lauk ayam, kambing dan ayam tandori.

Kami sempat cuba Nasi Biryani Claypot Kambing. Ia didatangkan khas dengan yogourt sebagai ‘kuah’ tambahan. Daging kambingnya begitu lembut dan banyak kuantitinya. Bukannya sekadar dua-tiga ketul atau “letak cukup syarat saja” bak kata orang-orang tua.

Selain Biryani Claypot, kami juga mencuba naan cheese bersama ayam tandoori. Memang sedap ayamnya. Tak banyak bahagian yang lembik atau berlemak. Isinya dibakar “sedang elok” dan lembut. Ada yang kata ayam tandoori di sini rasanya tidak tidak jauh beza dengan yang original di India. Patutlah sedap!

Mesti Cuba: Susu Badam Boster merupakan signature dish mesti cuba di sini. (Hanya dijual pada waktu petang & malam) 
Alamat: 93, Lebuh Chulia, 10200, Georgetown, Pulau Pinang

#4 LAKSA JANGGUS

Kalau nak ‘pekena’ Laksa Janggus, kena travel jauh sikit sebab kedainya terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau. Seperkara lagi, ia hanya dibuka pada waktu petang hingga malam. (3.30 petang sehingga 8.00 malam), dan tutup pada hari Rabu. Jangan salah timing dan hari. Penat memandu jauh-jauh bila tiba kedai tutup!

Signature dish di sini semestinya Laksa yang dicampur dengan daun janggus. Kuah laksanya memang berlemak dan sedap namun sedikit cair. Mereka yang gemar kuah laksa yang pekat mungkin tak begitu suka dengan Laksa Janggus. Tempat duduk untuk pelanggan juga luas malah turut disediakan surau dan tandas di sini.

Selain laksa, korang juga boleh cuba ABC special dan rojak buah yang juga merupakan antara pilihan utama pengunjung. Memang berbaloi travel jauh-jauh dapat merasa makan yang enak-enak begini. Tempat duduk untuk pelanggan juga luas malah turut disediakan surau dan tandas di sini.
Alamat: Jalan Kampung Perlis, 11020, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!