fbpx

Type to search

Airlines Berita BP

Take A Look! Istanbul Grand Airport, Turkey – Lapangan Terbang Terbesar di Dunia Dengan Kos RM 49 Bilion!

Share
  • Pertumbuhan agresif Turkish Airlines adalah salah satu sebab utama untuk Istanbul Grand Airport
  • Istanbul Grand Airport terletak kira-kira 45 km barat laut dari pusat bandar. Ini jauh lebih jauh daripada lapangan terbang Ataturk
  • Secara rasmi, salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia dengan 70 juta penumpang tahunan, Ataturk Airport telah menghentikan operasi

Syarikat penerbangan gergasi Turki, Turkish Airlines akhirnya membuat langkah pemindahan ke lapangan terbang baharu iaitu Istanbul Grand Airport. 

Semua penerbangan komersial telah dipindahkan ke airport utama baru Turki ini setelah ia mula beroperasi sepenuhnya pada 6 April lalu. Sebelum ini, Istanbul Airport hanya membenarkan beberapa penerbangan domestik dalam sehari semasa soft opening tahun lepas.

The interior of the new terminal in Istanbul Airport
There is enough seating space & charging stations/working areas for those in need of power or email time
You can easily complete your check-in procedures without losing time using the Self Check-in kiosks & bag drop units

Segala operasi penerbangan dihentikan di lapangan terbang Ataturk pada pukul 2 pagi, kemudian disambung semula ke Lapangan Terbang Baharu Istanbul pada 4 petang.

Airport baru ini meliputi 76 juta meter persegi (18,780 ekar) dan kini boleh mengendalikan 90 juta penumpang setahun dalam fasa pertama. Ia belum siap sepenuhnya lagi. Apabila keseluruhan lapangan terbang selesai, ia mampu menampung 200 juta penumpang setahun – menjadikannya sebagai “World’s Biggest Airport by Passenger Traffic“.

Setakat ini, Istanbul Airport mempunyai tiga landasan dan 15 juta kaki persegi ruang terminal. Terdapat empat fasa yang akan siap pada tahun 2025, dengan jumlah kos menelan kira-kira $12 billion (RM 49,146 billion) weh! 

Enjoy the food court at #IstanbulAirport where many examples from various world cuisines are ready to appeal to anyone's taste
Although not all the food outlets are open, there are plenty of options for those looking for distraction while waiting for boarding

Fasiliti menarik seperti kedai bebas cukai (duty free) berkeluasan 55 ribu meter persegi. Zon Duty Free ini diilhamkan oleh Bosphorus, sebuah laluan air yang terkenal di Turki, menawarkan tujuh bahagian konsep yang berbeza termasuk Fashion Garden, Family Palace dan Style Beach, setiap jenama jualan yang berkaitan dengan tema. 

Menariknya, Istanbul Airport menyediakan hotel butik “Yotel” dengan tawaran 451 bilik yang mempunyai akses ‘darat’ dan ‘udara’.

Jika bahagian udara, penumpang tidak perlu meninggalkan airport selepas mendarat dari pesawat, manakala sisi darat pula untuk penumpang yang belum melalui pemeriksaan kastam dan pasport.

Duty free zone at Istanbul Airport
Yotel, boutique hotel inside Istanbul Airport.

Kedudukan menara kawalan lalu lintas udara di lapangan terbang baru ini dengan Istanbul adalah 22 km dan berbentuk seperti tulip kerana ianya bunga simbolik dalam budaya Turki.

Konklusi, Lapangan Terbang Istanbul sememangnya lapangan yang cukup indah dan sangat besar kapasiti. Reka bentuk dalaman bersih, menampilkan kontemporari tetapi masih mengekalkan reka bentuk tradisional Turki. Suasana hijau-hijauan dalaman cukup menenangkan serta menyejukkan pandangan mata.


Cuma, kekurangan yang dikongsikan oleh penumpang adalah kedudukan Istanbul Airport yang jauh dari bandar dan hubungan pengangkutan awam dengan pusat bandar belum disediakan kecuali via bus


Istanbul airport air-traffic tower control
The distance thru Maps. 48 minutes drive to Istanbul city

Setelah siap sepenuhnya, Lapangan terbang antarabangsa Istanbul akan menjadi tuan rumah hampir 100 syarikat penerbangan yang terbang ke lebih dari 300 destinasi dengan kapasiti penumpang tahunan sehingga 200 juta pada enam landasan pelepasan.

Terima kasih diucapkan pada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang mengharapkan semoga dengan pembukaan Istanbul Airport boleh memberi manfaat kepada rakyat Turki dan dunia.


TRIVIA

  1. Pilihan pengangkutan terhad pada masa ini. Perkhidmatan Metro ke terminal baru dijangka siap sepenuhnya lewat 2020.
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing dijadualkan dibuka pada bulan September dengan kos sekitar $12 bilion.
  3. Ia dibina untuk menampung beberapa beban dari Beijing Capital International Airport yang kini menjadi lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia dengan 95 juta penumpang setahun.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!