Type to search

Itinerari BP

Take Note Gaisss.. Perkara Yang Harus Dilakukan Sebelum Meninggalkan Pejabat!

Share

Percutian yang bermakna akan memberikan anda ketenangan fikiran yang menyihatkan. Lantas ia membawa semangat baru kepada anda memulakan kembali kerjaya anda bila tamat berbackpack.

Namun, perkara sebaliknya akan berlaku jika kerja –kerja anda di pejabat mula menganggu dan menghantui mood percutian anda.

Jadi, beberapa perkara penting harus diambil kira sebelum meninggalkan meja kerjaya sebelum keluar backpacking.

  • Matikan semua alatan elektrik dan elektronik yang digunakan sebelum meninggalkan pejabat.
  • Simpan data-data penting di tempat yang selamat. Jika perlu, buat backup dengan menyimpan di dalam external hard disk mahupun pendrive.
  • Balas semua e-mail penting dan habiskan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Sikap bertangguh akan menyusahkan diri anda sendiri di kemudian hari.
  • Tinggalkan pesanan dan ambil pesanan sewaktu ketiadaan anda di pejabat. Anda mungkin akan terlepas beberapa perkara penting yang berlaku di sana.
  • Bersihkan meja anda sebelum pergi bercuti. Anda pasti lebih bermotivasi dan positif apabila pulang dari bercuti nanti bila melihat keadaan tempat kerja yang kemas dan tersusun.
  • Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Jika perlu, simpan barangan tersebut di rumah atau bawa bersama anda.
  • Rancang percutian anda. Perancangan yang baik dapat mengelakkan timbulnya masalah sewaktu anda sedang berseronok di destinasi backpacking kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!