Type to search

Berita BP DekatJe Insider BP

Taman Tema Ala Hollywood Bakal Jadi Tarikan Baharu di Kuala Langat!

Share
  • Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor
  • Kuala Langat mempunyai tempat percutian & aktiviti menarik seperti Bukit Jugra, pantai Morib serta beberapa perkampungan homestay
  • Pembangunan pesat sekitar kawasan Putrajaya & Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah melonjakkan daerah ini sebagai tumpuan pelaburan serta lokasi strategik

Berita gembira! Kuala Langat bakal menjadi destinasi percutian seisi keluarga apabila tiga taman tema tersohor, Universal Studio, Fox World dan Disney World siap dibina nanti. Wow!

Peta negeri Selangor

Menurut Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, tiga taman tema itu dibina ekoran kawasannya yang strategik daripada sudut pembangunan di Selangor.

Bak kata peribahasa, “Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang“. Kerajaan Negeri sudah menerima beberapa permohonan daripada pemaju bagi merealisasikan projek tersebut.

Amirudin Shari , Dato' Menteri Besar Selangor. (Foto ihsan - SelangorKini)

“Tiga taman tema itu bakal dibina di jajaran sebahagian Kota Kemuning sehingga berhampiran Sijangkang memandangkan ia antara kawasan pembangunan yang semakin pesat dan amat strategik” – Dato’ Menteri Besar Selangor


Nantikan kemunculan Disney World di Kuala Langat!

Buat pengetahuan korang, daerah Kuala Langat telah dipilih sebagai “The Most Preferred Destination for Investment by District 2017-2018” anjuran Invest Selangor. Sekaligus ia bersesuaian dengan status bakal dinaik taraf kepada perbandaran.

Khabarnya, keseluruhan pelaburan projek taman tema ini membabitkan kos lebih RM15 bilion dengan keluasan melebihi 800 ekar. Sekiranya impian ini menjadi kenyataan, taman tema di Kuala Langat akan menjadi lebih besar daripada Universal Studio Singapura yang hanya 50 ekar. Sedikit sebanyak mampu beri persaingan positif serta menjadi tarikan baharu pelancong di rantau Asia Tenggara.

Mana tahu lepas ni, penduduk di Selangor boleh bangga dengan taman tema yang boleh diangkat menjadi mercu tanda paling gah di Kuala Langat. Congrats in advance!

Sumber: SelangorKini
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!