LOADING

Type to search

Itinerari BP

PASTIKAN ANDA KENALI TANDA INI SEMASA TRAVEL DI LUAR NEGARA

backpackerz May 15, 2018
Share

Salah satu keseronokan ketika melawat negara luar adalah melihat kehidupan penduduk, barangan harian yang berbeza dari apa yang kita lihat di rumah. Papan tanda jalan di negara luar merupakan utiliti kepada penduduknya, tetapi ia agak asing dan unik kepada pelancong dan ia pasti menambah pengalaman perjalanan kita.

5 Tanda Jalan Unik Perlu Anda Kenali Jika Travel

Sign1

AUTRALIA

Australia mempunyai pelbagai spesies haiwan unik. Dianggarkan 83 peratus daripada mamalia, 89 peratus daripada reptilia dan 93 peratus daripada amfibia yang mendiami tanah besar adalah endemik di Australia. Ini menjadikan tanda-tanda amaran berkaitan haiwan agak unik disana.

Sign2

IRELAND

Merupakan sebuah pulau yang indah, banyak jalan di Ireland berada atau berhampiran dengan laut. Jadi, tanda jalan ini sebenarnya bermaksud “dermaga tidak dilindungi/tidak berpalang” jangan salah tafsir sebagai “Jangan memandu ke dalam laut!”.

Sign3

CHINA

Jangan anggap tanda jalan di luar negara hanya untuk kenderaan dan pejalan kaki sahaja. Tanda di China ini menghalang beca tradisional dan basikal pengangkut menggunakan laluan jalan.

Sign4

INDIA

Tanda jalan ini terletak di luar bandar sempadan Jaisalmer di Rajasthan, India. Papan tanda ini adalah untuk memaklumkan kepada pemandu bahawa ada selekoh tajam di hadapan dan bersedia untuk perlahan, tetapi ayat yang dipaparkan agak menarik.

Sign5

AFRIKA SELATAN

Disini terdapat papan tanda yang memaparkan no. kecemasan jika sesuatu terjadi kepada anda. Selepas telefon, anda perlu faham apa yang dibicarakan pula.

Scroll Up
error: Content is protected !!