LOADING

Type to search

Insider BP

TAPAK WARISAN UNESCO INI ADALAH DIKATAKAN TAMAN NEGARA TERTUA DI EROPAH

backpackerz June 7, 2018
Share

Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes telah didaftarkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Taman Negara tertua di Eropah Tenggara ini merupakan taman negara terbesar di Croatia.

Taman Negara Tertua Eropah Tenggara, Plitvice Lakes

Prošćansko jezero

Taman Negara Plitvice Lakes dijumpai sejak tahun 1949, di kawasan pertengahan gunung Croatia, bersempadan dengan Bosnia Herzegovina. Kawasan ini mempunyai keluasan lebih dari 296,85 kilometer persegi yakni bersamaan 73.350 ekar. Terdapat 16 buah tasik yang saling berkait dengan kawasan air terjun di sini.

Kebiruan dan keindahan air yang ada di Taman Negara ini pasti membuatkan traveler teruja dan ingin terus terjun ke dalam air yang ada situ. Tapi perlu diingat, kawasan Plitvice Lakes ini adalah kawasan larangan untuk berenang dan mandi-manda. Pengunjung hanya boleh menikmati keindahan taman ini dengan cara berbasikal atau berjalan di atas laluan yang telah disediakan.

Pengunjung yang telah meletakkan Plitvice Lakes dalam wishlist sebagai destinasi percutian, harus mematuhi segala pantang larang untuk masuk ke kawasan taman ini bagi mengekalkan kualiti flora dan fauna yang ada.

Kawasan ini dibuka setiap hari tanpa mengira perubahan cuaca dan musim. Keadaan di Taman Negara ini mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri walaupun ketika cuaca hujan. Kebanyakan spesies tumbuhan di sini telah tersenarai dalam Croatian Red Book of Plant Species.

Plitvice Lakes merupakan tempat di mana orkid jenis Lady’s slipper tumbuh. Orkid ini merupakan antara 22 spesies tumbuhan rare yang ada di taman ini. Lady’s slipper juga merupakan bunga tercantik di Eropah dan dunia. Manakala habitat yang ada di taman ini juga turut dipelihara dengan baik. Selain daripada rusa, beruang dan bermacam hidupan lain lagi, Taman Negara Plitvice Lakes juga merupakan kawasan yang telah menempatkan sebanyak 157 spesies burung, antaranya adalah White-throated dipper. Menarik bukan? Rugi kalau tak ke Croatia… Buktinya, setiap tahun hampir jutaan pengunjung datang ke taman ini. Jadi kenapa tunggu lagi?

Sastavci

AKSES

Tiada bayaran dikenakan buat kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah. Bagi yang berusia 8 hingga 18 tahun, bayaran masuk adalah sekitar 30 kuna hingga 70 kuna. Untuk pelajar, bayaran masuk sekitar 40 kuna hingga 110 kuna. Manakala untuk dewasa, bayaran masuk adalah 50 kuna hingga 180 kuna. Harga yang ditetapkan adalah mengikut peak season yang ditetapkan. (1 kuna = RM0.6)

Untuk mendapatkan harga yang murah, korang boleh datang secara berkumpulan. Taman Negara Plitvice Lakes dibuka setiap hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Info:
• Pada 8 April 1949, Plitvices Lakes diisytiharkan sebagai taman negara.
• Taman Negara Plitvice Lakes sangat mudah untuk dikunjungi sama ada melalui jalan darat, air atau udara.
• Pakej untuk melangsungkan perkahwinan di taman ini turut disediakan.
• Terdapat beberapa buah hotel berhampiran dengan kawasan taman ini.
• Sesuai dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti penyelidikan saintifik.

Scroll Up
error: Content is protected !!