fbpx

Type to search

Berita BP Isu

Tarikan Melaka River Cruise Mungkin Digantung Sementara Berikutan Pencemaran Sungai & Bau Busuk

Share
  • Terokai sejarah Kota Melaka dengan pelayaran river cruise selama 45 minit di sepanjang Sungai Melaka yang mempesonakan.
  • Melaka River Cruise semestinya salah satu tarikan utama kepada pelancong di Melaka yang menawarkan keselesaan dan tambang murah untuk melihat pemandangan.
  • Namun, perkhidmatan tersebut mungkin terpaksa digantung sementara berikutan pencemaran air serta bau yang kurang menyenangkan di lokasi pelancongan di Taman Rempah.

Jika sebelum ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka optimis dan mensasarkan lebih 1.5 juta pelancong domestik dan asing dijangka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) sempena Tahun Melawat Melaka 2019, bertemakan “A Gateway to Historic Malaysia“.

View of Sungai Melaka. Photo Courtesy: Lonely Planet

Antara inisiatif yang dibuat untuk menggalakkan perkhidmatan Melaka River Cruise dalam kalangan pelancong adalah penambahan bot serta lebih banyak tarikan lampu yang menghiasi sepanjang laluan bot di Sungai Melaka. 

Menurut laporan akhbar tempatan, pencemaran Sungai Melaka kira-kira tiga kilometer (km) telah menyebabkan air sungai bertukar hitam dan hidupan sungai mati hingga menerima rungutan daripada pelancong berhubung keadaan sungai tersebut. 

Malah, pihak Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri turut menemui bangkai ikan terapung di sungai berhampiran Taman Rempah.

Bangkai ikan turut ditemui di permukaan air. (Foto: The Malaysian Insight)

“Pencemaran sungai ini telah dikenalpasti bermula dari Empangan Batu Hampar, Batu Berendam dan saya sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel air sungai serta bangkai ikan untuk membuat siasatan” – Low Chee Leong


Sungai Melaka yang berwarna hitam dikatakan tercemar dan mengeluarkan bau busuk

Kejadian pencemaran Sungai Melaka ini adalah pertama kali terjejas dan kebimbangan kejadian keracunan seperti kes di Sungai Kim Kim boleh berulang. Sedikit sebanyak ia mampu menjejaskan imej Melaka sebagai destinasi pilihan pelancong.

Pada masa yang sama, penduduk setempat sekitar Kampung Morten menyedari Sungai Melaka keruh sejak dua hari lalu namun menyifatkan ia adalah perkara biasa atau sudah lali dengan perkara itu.

Operasi Melaka River Cruise yang dihentikan sejak malam tadi dijangka beroperasi semula petang atau malam ini, bergantung kepada kerja-kerja pembersihan serta kualiti air Sungai Melaka. 

Featured image: Hotel Sentral Riverview Melaka
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!