LOADING

Type to search

Itinerari BP

Tenaga & Tubuh Yang Sihat Penting Ketika Backpack

backpackerz May 3, 2018
Share

Ketika backpacking, sudah tentu banyak tenaga yang diperlukan untuk menyempurnakan itinenari yang telah dirancang. Dalam memanfaatkan tenaga anda, terdapat beberapa perkara yang harus diperhatikan demi memastikan tubuh anda sihat sepanjang trip.

• Jangan biarkan perut anda kosong sebelum memulakan perjalanan. Sebaiknya makan sedikit makanan yang mampu memberikan sedikit tenaga. Selain itu, gejala masuk angin dalam perut juga mampu dihindari. Pastikan bekalan makanan sentiasa ada dalam backpack terutamanya jika perjalanan jauh.
• Keletihan boleh menjadi faktor utama yang menjadikan badan mudah diserang mabuk laut. Seeloknya, pastikan anda mempunyai tenaga yang mencukupi sebelum mengharungi perjalanan di laut. Rehatlah dengan secukupnya apabila berkesempatan.
• Selalunya apabila tekak mula berasa loya disebabkan mabuk laut atau perjalanan yang panjang, kita mula mencari sesuatu yang masam untuk dimakan seperti jeruk buah. Simpan sedikit makanan atau minuman berperisa lemon dan oren pasti akan membantu anda.
• Fokus minda anda. Sentiasa bertenang semasa berada dalam genting dan mudah panik adalah teknik psikologi terbaik yang akan merangsang otak untuk mencari solusi yang terbaik terhadap masalah yang dihadapi.
• Pengambilan ubat-ubatan adalah langkah bijak kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan. Sentiasa pastikan ubat-ubatan sentiasa dekat di sisi anda dan mudah dicapai apabila diperlukan.
• Fahamkan route dan peta sebelum memulakan perjalanan, anda perlu memahami sedikit sebanyak selok-belok perjalanan anda untuk mengelakkan anda tersesat. Teknologi terkini seperti Google Maps pasti sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan info yang berguna.

Backpack1
Scroll Up
error: Content is protected !!