LOADING

Type to search

Berita BP

Alert! Jepun dilanda Taufan Jebi & ribut terkuat sepanjang 25 tahun

MM September 4, 2018
Share

Jepun bersiap siaga untuk menghadapi banjir dan tanah runtuh selepas taufan paling ganas, “Typhoon Jebi” melanda negara matahari terbit ini sejak 4 September lalu. 

Media tempatan melaporkan bahawa tujuh kematian dicatatkan dan lebih 200 orang cedera selepas Taufan Jebi ‘mencetuskan’ angin kencang sekuat 172 km/h (107 mph) di barat negara ini.

3725
Screen shot 2018-09-04 at 5.42.07 PM

Sementara itu, angin kuat serta ombak tinggi dari Taufat Jebi telah ‘melumpuhkan’ operasi penerbangan di Kansai International Airport (merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Jepun). Difahamkan, landasan kapal terbang dan tingkat bawah bangunan terminal turut ditenggelami air. 

Kira-kira 3,000 penumpang terkandas semalaman, ada lebih daripada 18 jam di terminal tanpa bekalan elektrik, sebelum feri dan bot laju dikerahkan untuk memindahkan mereka pada hari Rabu. Operasi penerbangan telah membatalkan lebih daripada 700 penerbangan tempatan dan antarabangsa. Ini termasuk Nippon Airways Co. dan Japan Airlines Co. masing-masing membatalkan 289 serta 218 penerbangan.

Screen shot 2018-09-04 at 5.41.58 PM
Screen shot 2018-09-04 at 5.39.03 PM

Pada masa yang sama, sebuah kapal tangki telah merempuh jambatan yang menghubungkan Airport Kansai dengan tanah besar, disebabkan tiupan angin kencang Taufan Jebi. Dilaporkan, tiada kecederaan pada anak-anak kapal tersebut.

_103301693_049061374-2

Perkhidmatan kereta api turut dihentikan termasuk di Tokaido Shinkansen dan Sanyo Shinkansen lines, manakala beberapa lebuh raya juga ditutup. Selain itu, beberapa tempat tarikan pelancongan yang popular seperti Nagoya Castle dan Universal Studios Japan telah ditutup buat sementara waktu.

Tiupan angin kuat turut meruntuhkan sebahagian dari siling di stesen kereta api utama di pusat pelancongan Kyoto. Menurut agensi Meteorologi Jepun, selepas melepasi bahagian selatan Wilayah Tokushima, Taufan Jebi akan melewati bandar Osaka dan Kyoto sebelum ia menuju ke Laut Jepun. 

Dalam kejadian berasingan, gempa bumi 6.6 magnitude menyebabkan tanah runtuh di pulau utara Hokkaido, Jepun. #PrayForJapan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!