fbpx

Type to search

Antarabangsa Feast BP halal Travel

The Halal Guys, ‘Hot Dog Cart’ Terkenal di Amerika Syarikat. Kini dibuka di Jakarta, Seoul & Manila!

Share
  • The Halal Guys hanya berniaga “hot dog cart” di bandar New York pada tahun 1990
  • The Halal Guys ditubuhkan oleh tiga rakan kongsi berketurunan Mesir. Bukan adik-beradik Mo Salah ye!
  • Francais The Halal Guys merupakan rangkaian makanan halal pertama di Amerika. Proud to be Muslim!

Tidak kisah dengan gelaran “humble food cart”, The Halal Guys telah lakar kejutan buat media antarabangsa dan penggemar makanan jalanan selepas mengumumkan tawaran francais untuk 450 cawangan di seluruh dunia. 

Jika kiosk The Halal Guys ni dibuka dekat Malaysia, mesti korang akan gembira dan perut tumpang kenyang dengan tawaran makanan ringan yang disajikan. Orang sanggup beratur panjang tau.

Need a reason to visit New York City? Look no further

Dalam satu nada, sungguh lazat hingga menjilat jari. American Halal Food mempunyai profil rasa yang sukar ditiru oleh mana-mana ramuan masakan yang lain. 

Ia adalah gabungan kompleks sajian dari Timur Tengah (Middle Eastern) dan Mediterranean yang pasti menyenangkan pengembara muslim terutama pengikut BackPackerz – need simple food but feel it

Restoran The Halal Guys adalah perintis kepada makanan halal “hot dog cart” yang terletak di tengah kepesatan ibu kota, New York. Sebaik sahaja korang rasa chicken meat with rice atau gyro wrap sandwich, baru korang akan faham mengapa pelancong luar, pekerja awam dan pemandu teksi Muslim di New York City sanggup berbaris panjang demi sajian yang ditawarkan The Halal Guys.

Tired of the same old food for lunch? Let’s switch things up a bit

The Halal Guys bermula dengan perniagaan “food cart”. Ketika itu, hanya menjual hot dog di kaki lima jalan 53rd St. & 6th Avenue di Manhattan. Restoran ini diasaskan dengan tiga rakan kongsi iaitu Muhammed Abouelenein, Ahmed Elsaka dan Abdelbaset Elsayed yang datang berhijrah ke Amerika Syarikat.

Korang boleh pilih pelbagai hidangan menarik seperti kebab, nasi, salad dan juga minuman. Antara menu ‘kaw’ tapi ringkas adalah sandwich atau platters yang disajikan dengan ‘topping’ pilihan korang. Ada gyro, chicken, beef gyro, combo chicken & gyro, falafel serta hidangan sampingan seperti hummus, baba ganoush, fries dan baklava.

Rahsia kepada hidangan The Halal Guys yang lazat adalah pada ramuan sos istimewa ciptaan mereka sendiri iaitu white and hot sauce! Setiap menu di sini dibawah julat $10 (RM43). Nama pun pergi travel, kena berbelanja sikit demi kepuasan perut korang. 

The most important stop of any trip to New York City
Founder of The Halal Guys

Paling membanggakan, The Halal Guys telah mengembangkan perniagaan mereka ke rantau Asia dan Eropah seperti Korea Selatan (Seoul), Filipina (Manila), Indonesia (Jakarta) dan Kanada (Toronto).

Jadi, kalau korang mengembara sekitar negara Uncle Sam, cari sahaja kiosk The Halal Guys di kaki lima. Memang kenyang, puas dan paling penting, halalan toyyiban! Selamat maju jaya The Halal Guys! 

The Halal Guys territory and franchise, worldwide!

TRIVIA – Ada ‘khabar angin’ mengatakan bahawa The Halal Guys bercadang untuk buka satu cawangan mereka di Kuala Lumpur. Kalau jadi buka, BackPackerz boleh buat food review

Waktu perniagaan adalah hari Ahad - Khamis: 10 pagi -tengah malam; dan Jumaat - Sabtu: 10 pagi - 2 pagi
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!