LOADING

Type to search

Insider BP

THE LOST PARADISE INI PERLU ANDA TEROKAI SEKALI SEUMUR HIDUP

backpackerz May 30, 2018
Share

Dikenali sebagai ‘The Lost City’, tapi bukan The Lost City filem arahan Andy Garcรญa tu. Jangan keliru ya. Nama bagi ‘kota yang hilang’ ni sebenarnya Machu Picchu. Merupakan bandar separa Columbus yang dibangunkan oleh empayar Inca sejak abad ke-15 lagi, dengan struktur kawasan bergunung dan berada di kawasan Amazon Peru.

Machu Picchu Kota Yang Hilang

2

Kota ini merupakan salah satu kota yang telah musnah dan terkenal dengan tapak-tapak tinggalan tamadun Inca, yang berkembang di kawasan-kawasan Andes, dibahagian barat Amerika Selatan. Menurut pengkaji sejarah, kota ini tidak berpenghuni selepas terkena satu jenis wabak yang telah ‘menyerang’ tentera Sepanyol pada tahun 1500.

Kota ini hilang sejak beratus tahun lamanya, sehinggalah seorang ahli arkeologi dari Universiti Yale bernama Hiram Bingham III, menemukan kota ini semula pada tahun 1911. Machu Picchu telah menjadi salah satu tapak Warisan Dunia (UNESCO) dan menjadi salah satu destinasi pelancongan bersejarah yang menarik. Kota ini juga telah diumumkan sebagai salah satu tempat ‘keajaiban dunia’ oleh New 7 Wonders of the World.

Disebabkan beberapa kerosakan yang berlaku, kerana kepadatan pengunjung dengan jumlah 400,000 pengunjung pada tahun 2003, pihak bertanggungjawab di daerah kota ini telah menghadkan jumlah pengunjung yang boleh ke kota ini sebanyak 400 orang sahaja dalam satu masa yang telah di tetapkan. Pengunjung perlu memberikan beberapa maklumat diri bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku, dan memudahkan perjalanan pengunjung untuk sampai ke kota ini.

Pengunjung yang ingin ke kota ini perlu berurusan dengan Inka Trail Expeditions Perรบ, yang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengawasi hal-hal berkaitan kota ini. Kota ini terletak 50 batu dari ibu kota Inca iaitu Cusco. Mengambil masa selama empat jam menaiki pengangkutan dari Cusco. Untuk sampai ke Machu Picchu, pengunjung boleh mengambil masa beberapa batu dengan menggunakan laluan yang telah disediakan atau boleh juga melakukan aktiviti popular di sini, iaitu dengan cara mendaki yang akan mengambil masa sekitar tiga hingga enam hari dakian. Bagi pengunjung yang mempunyai minat tegar terhadap dunia hiking bolehlah cabar diri korang untuk tawan Machu Picchu dengan cara mendaki ni.

Info Machu Picchu:

  • Terkena dengan kuil utama dan kuil matahari.
  • Tahun kejatuhan kota ini pada tahun 1572.
  • Menjadi Tapak Warisan UNESCO sejak tahun 1983.
  • Berada pada ketinggian 2000 kaki di atas sungai Urubamba.
3
Scroll Up
error: Content is protected !!