LOADING

Type to search

Berita BP

#ThroughTheLens – Pencarian Duta AirAsia X bersama Sony Malaysia

MM September 3, 2018
Share

Teroka mana-mana destinasi AirAsia dan kongsikan visual pengembaraan jauh serta luas yang paling digemari bersama AirAsia X serta Sony Malaysia!

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia telah mengumumkan satu kerjasama baharu bersama Sony Malaysia dengan pelancaran peraduan yang dikenali sebagai “Through the Lens”.

Peraduan selama 10 minggu ini adalah bertujuan mencari global duta bersama buat julung kali bagi mewakili jenama AirAsia X dan teknologi visual terkemuka, Sony Malaysia.

“Through the Lens” telah berlangsung sejak 30 Julai hingga 7 Oktober 2018. Pemenang akan menjadi duta selama setahun termasuk hadian penerbangan daripada AirAsia serta peralatan kamera terkini Sony yang boleh dimenangi secara perkongsian imej menarik dari mana-mana 130 destinasi AirAsia melalui pautan throughthelens.airasia.com.

Bak kata ungkapan gambar memberi seribu makna. AirAsia X lancarkan peraduan ini bersama Sony untuk memaparkan bagaimana pengalaman mengembara boleh diceritakan dalam cara yang mengagumkan secara visual, tidak kira berapa bajet sama ada melalui telefon pintar atau peralatan kamera canggih yang wujud di pasaran.

Hadiah utama merupakan pengalaman yang tidak ternilai dari segi wang ringgit, dilantik menjadi duta bersama, pemenang akan dihadiahkan dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada definisi pengembaraan baharu bersama AirAsia serta berpeluang merasai produk eksklusif daripada Sony Malaysia.

Selain itu, pemenang juga akan diberikan tempat duduk Premium Flatbed untuk pergi balik secara percuma dan tempat penginapan di Tokyo, melawat teknologi terkini Sony di Jepun, dapat kamera mirrorless terkini Sony, Alpha A7III K bernilai RM9, 433 dan sepasang Sony h.ear on 2 wireless headphones bernilai RM1, 093.

Jangan risau kalau tak menang hadiah utama sebab ditawarkan juga sembilan hadiah saguhati termasuk tiket penerbangan dan sebuah kamera Sony. Wow! 

Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia, layari Facebook dan Twitter mereka (@AirAsia), manakala Sony Malaysia boleh layari pautan www.sony.com.my.


Langkah-langkah

  • Daftar secara percuma di throughthelens.airasia.com
  • Ikuti setiap prosedur yang ditetapkan
  • Muat naik foto percutian anda di Instagram
  • Hashtag – #ThroughTheLens dan #AirAsia

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!