Type to search

Berita BP

Tiket Flight Memang Murah Waktu Off-Season, Tapi….

Share
  1. Jangan merancang percutian yang terlalu lama di sebuah destinasi sewaktu off-season/ low season. Kemungkinan faktor cuaca seperti angin monsun, hujan lebat berpanjangan atau panas yang melampau bakal memberikan percutian yang tidak begitu selesa.
  2. Buat backpacker, off-season merupakan satu peluang yang baik untuk mengembara dengan lebih jauh dengan kos yang lebih murah terutamanya dalam pembelian tiket kapal terbang dan hotel. Harus bijak dalam mengatur itinerari kerana kebanyakan tempat-tempat tarikan ditutup.
  3. Kurangnya kehadiran pelancong bakal menyebabkan beberapa aktiviti atau tarikan tidak beroperasi. Tempoh ini juga dimanfaatkan oleh taman tema atau tarikan awam seperti muzium untuk melakukan renovasi. Justeru itu, pasti terlepas beberapa tarikan yang menarik.
  4. Banyakkan aktiviti-aktiviti yang pasti boleh dilakukan pada sepanjang musim seperti makan-makan, mengunjungi pasar, jungle trekking dan menyertai perayaan-perayaan setempat yang biasanya dilakukan di luar musim puncak.
  5. Kebanyakan waktu low-season di Asia Tenggara bermula dari bulan Jun sehingga bulan Oktober. Pada waktu ini, kebanyakan hotel turut mengenakan harga yang murah buat pelanggan yang datang secara walk-in.
  6. Selain dapat menikmati inapan pada harga murah, pengunjung juga dapat merasa lebih tenang dengan kurangnya kesesakan pelancong. Oleh itu, maka tidak hairanlah jika ada pengembara yang memilih untuk bercuti di waktu low-season.
  7. Tambahan pula, low season membawa anda untuk merasai warna sebenar destinasi percutian. Layanan yang lebih istimewa pengusaha premis-premis tempatan yang berebut-rebut untuk menarik pelanggan tentunya menjanjikan servis yang terbaik.
  8. Buat mereka yang gemar membeli-belah, ini bermakna anda boleh mendapatkan apa yang anda inginkan dengan harga yang lebih berpatutan.
  9. Elakkan berada di perairan dan laut ketika cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian ribut dan laut yang bergelora. Sebaliknya, pilih aktiviti yang lebih menyeronokkan dan lebih selamat untuk dikunjungi.
  10. Tak perlu bersesak-sesak di lapangan terbang. Khidmat teksi, bas dan pengangkutan awam yang lain juga menjadi lebih mudah. Buat backpackers, ia menjadi lebih mudah untuk merancang perjalanan dari suatu destinasi ke destinasi yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!