LOADING

Type to search

Insider BP

TINGGI-TINGGI SI TAMPUK MANGGIS, TINGGI LAGI BANGGUNAN ITU

backpackerz May 25, 2018
Share

Bangunan tertinggi dunia kebiasaannya menampilkan seni bina yang memukau. Selain merupakan tempat bagi menjana ekonomi, bangunan pencakar langit juga merupakan salah satu tarikan pelancongan yang utama.

Antara 7 Bangunan Tertinggi Dunia Yang Harus Ada Dalam Wishlist

H2

1) Burj Khalifa (Dubai, Emiriah Arab Bersatu)

Ketinggian: 828 meter/2717 kaki/163 tingkat
Tahun Siap: 2010
Arkitek: Adrian D. Smith
Burj Khalifa juga dikenali sebagai Burj Dubai. Kini, ia menjadi struktur tertinggi buatan tangan manusia. Jumlah kos bagi pembinaan projek ini adalah kira-kira AS $ 1.5 bilion.

H3

2) Abraj Al-Bait Towers (Mekah, Arab Saudi)

Ketinggian: 601 meter/1972 kaki/120 tingkat
Tahun Siap: 2011
Arkitek: Dar Al-Handasah
Dikenali dengan nama lain iaitu Mecca Royal Hotel Clock Tower. Ia merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Menara ini mengalahkan struktur menara jam terkenal yang lain di seluruh dunia.

H4

3) One World Trade Center (New York, Amerika Syarikat)

Ketinggian: 541 meter/1776 kaki/105 tingkat
Tahun Siap: 2013
Arkitek: David Childs (Skidmore, Owings dan Merril)
One World Trade Center kini lebih dikenali sebagai 1 WTC. Semasa pembinaannya, ia mendapat jolokan nama Menara Kebebasan. Ia merupakan bangunan peneraju baru kompleks Pusat Dagangan Dunia yang dibina semula selepas menara asal telah dimusnahkan semasa serangan 11 September, 2001.

H5

4) Taipei 101(Taipei, Taiwan)

Ketinggian: 509 meter/1671 kaki/101 tingkat
Tahun Siap: 2004
Arkitek: C.Y. Lee & rakan
Pada Julai 2011, Taipei World Financial Center telah dianugerahkan persijilan LEED Platinum, anugerah tertinggi β€˜Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka bentuk Alam Sekitar’ (LEED). Kini, ia merupakan bangunan tertinggi dan terbesar paling hijau di dunia dan mempunyai sistem lif terpantas untuk tiba ke puncak.

H6

5) Shanghai World Financial Center (Shanghai, China)

Ketinggian: 492 meter/1614 kaki/101 tingkat
Tahun Siap: 2008
Arkitek: Gensler/Universiti Tongji
Bangunan pencakar langit ini terdiri daripada pejabat, hotel, bilik persidangan, dek pemerhatian dan pusat membeli-belah di tingkat bawah. Park Hyatt Shanghai merupakan hotel terkenal pada bangunan ini yang berada di tingkat 79 hingga 93. Keseluruhan hotel mempunyai 174 bilik dan suite.

H7

6) International Commerce Centre (West Kowloon, Hong Kong)

Ketinggian: 484 meter/1588 kaki/118 tingkat
Tahun Siap: 2010
Arkitek: Kohn Pedersen Fox Associates
Perdagangan Pusat Antarabangsa telah siap secara berperingkat bermula 2007 hingga 2010. Menara ini dibuka pada tahun 2011 dengan pembukaan The Ritz-Carlton pada akhir Mac dan balai cerap pada awal April. Buat masa ini ia merupakan bangunan tertinggi di Hong Kong.

H8

7) Menara Berkembar Petronas (Kuala Lumpur, Malaysia)

Ketinggian: 452 meter/1483 kaki/88 tingkat
Tahun Siap: 1998
Arkitek: Cesar Pelli
Menara kebanggaan yang menjadi simbol bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan berkembar tertinggi dunia ini diilhamkan oleh bentuk geometri dalam seni Islam. Struktur mega hasil kombinasi kaca dan keluli berkilauan dan pelan lantai direka berdasarkan rekaan bintang pecah lapan. Tentu dah ramai dah jejak ke menara ini.

Tallest_buildings_in_Asia
Scroll Up
error: Content is protected !!