fbpx
LOADING

Type to search

Insider BP Travel

Kerap Salah Pilih Teman Semasa Bercuti? Ini 5 Ciri ‘Travel Buddy’ Idaman yang Menyenangkan Hati

MM March 6, 2019
Share

Memang, pengembaraan solo memberikan korang kebebasan untuk atur jadual sendiri serta melakukan apa sahaja yang korang nak lakukan. Tetapi percutian dengan travel buddy mempunyai manfaatnya juga.

Sebagai contoh, teman korang tu boleh memberikan sokongan moral dalam apa jua situasi dan meraikan pengalaman langsung seperti budaya serta lokasi bersama-sama. 

"Life was meant to great adventure and close friends"

Senang je, bagi memastikan TRAVEL PARTNER korang adalah pilihan yang tepat dan dapat menambah nilai keseronokkan semasa pengembaraan, choose someone who has similar travel preferences and personality

Sebaliknya, jika hubungan di antara korang tidak begitu baik dan berlaku perselisihan faham kerana perkara kecil, pasti 48 jam seterusnya cukup membosankan.


“Orang cakap, tak kisah pergi melancong mana-mana pun termasuk di kawasan pendalaman atau eko-pelancongan boleh menjadi percutian yang cukup menyenangkan jika mengajak travel buddy yang memahami korang”


Jadi, bagaimana cara korang memilih travel buddy yang tepat untuk melancong bersama? Ikuti LIMA tips di bawah! Bak kata Malique, “Ketawa bersama, menangis bersama”.

1 – Kewangan & Duit Belanja Stabil

Point pertama agak ‘direct’ tetapi ini realiti yang pernah berlaku dalam kalangan teman-teman penulis sendiri. Memang kita tak nak jadi kedekut tetapi kalau dah semua benda atau caj kita yang dahulukan, susah juga. Sesekali belanja rakan memang tidak salah tapi jangan sampai diri sendiri tak enjoy masa bercuti.

Bukan apa, status kewangan stabil ini membantu pengembaraan korang berjalan lebih lancar. Takkan setiap masa travel nak habiskan masa duduk dalam bilik hotel sambil makan maggi cup je? Sebaiknya, rancang dengan baik, simpan duit saku secukupnya dan enjoy percutian yang diimpikan. Simple!

Public transportation saves more money during traveling!

2 – Mesti Fleksibel & Santai

Kadangkala pendapat dan cadangan amat penting sekiranya melancong dalam kumpulan. Kata orang, nak senangkan hati semua pihak. Jadi, pilih rakan yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan serta boleh mengutarakan pendapat yang munasabah.

Jika tidak, percutian korang pasti bosan kalau semua benda respon, “Okay je, Tak kisah mana-mana, Ikut kau lah dan sebagainya”.

Teman yang fleksibel akan memudahkan & menyenangkan itinerari percutian

3 – Kaki Merayau & Suka Keluar Malam

Hah, point ni mesti korang fikir tentang aktiviti malam yang ‘kurang senonoh’ kan? Haha sebenarnya tidak. Bukanlah bermaksud ia mesti seorang yang suka ‘berjimba’ atau ‘kaki minum’ tetapi teman yang boleh diajak keluar pusing-pusing hingga lewat malam.

Layan street-walking ke, pi ushar night market dan sebagainya. Baru lah percutian korang lebih padat dan menyelami suasana malam atau nightlife di destinasi yang dikunjungi. Kalau jenis yang nak duduk bilik konon-konon nak berehat, kami ‘nasihat’ korang tinggalkan je dia sorang-sorang, padan muka! 

The darker the night, the brighter the stars

4 – Mesti Satu Kepala & Bukan Kaki ‘Complain”

Ini antara bahagian paling penting kalau nak melancong dengan rakan-rakan. Jika tidak dielakkan, maka mood percutian korang pasti musnah dan tak best

Travel buddy yang cepat gelisah dan mengeluh pasti menimbulkan drama atau ketegangan walau hal yang kecil. Bermula dengan flight delay hinggalah beratur menunggu teksi atau grab, ada sahaja benda yang tidak kena. Sikit-sikit nak mengamuk. Jadi, pilih teman mengembara yang lebih santai dan menyenangkan ye.


Melancong dengan teman kepala angin ini menuntut kesabaran yang tinggi bak Mount Fuji dan tatkala kesabaran hilang, maka tercetuslah pertengkaran tanpa noktah


The perks of having a travel buddy is normal

5 – Kongsi Minat & Tarikan Sama

Last but not least, mesti korang dah rancang nak tuju ke lokasi atau tempat menarik di destinasi pilihan. Paling best, kalau travel buddy korang itu cenderung untuk melakukan aktiviti yang sama; pencinta budaya mesti layan muzium atau tempat bersejarah, peminat laut nak berendam di pantai, kaki hiking mesti nak redah hutan dan sebagainya.

Secara tidak langsung, bukan sekadar berkongsi minat dan pengalaman yang sama, malah dapat mendalami setiap keindahan yang ditawarkan di destinasi yang dituju. 

Let's wander where the WiFi is weak
Wherever you go becomes a part of you somehow
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!