LOADING

Type to search

Travelog BP

TOCHIGI – Cari Ramen Halal & Onsen Paling Happening!

backpackerz August 29, 2018
Share

Tochigi mungkin tidak sepopular Tokyo, Osaka ataupun Kyoto namun kunjungan ke Tochigi pastinya berbaloi dan rupanya banyak benda yang boleh dilakukan di sini. Ada apa dengan Tochigi?

Tochigi dikelilingi oleh kawasan pergunungan sehinggakan wilayah ini sangat terkenal dengan resort air panas atau dipanggilonsen. Bukan itu saja, Tochigi juga popular dengan bangunan-bangunan bersejarah, rekabentuk kuil yang unik dan jaringan sungai yang jernih dan cantik.

SANO CITY

Nikkoken Ramen

Destinasi pertama kami ke wilayah Tochigi adalah Nikkoken Halal Ramen yang terletak di Sano City. Sano City termasuk dalam wilayah Tochigi dan terletak lebih kurang 80 kilometer dari bandar Tokyo. Nikkoken popular dengan menu ramen dan juga gyoza iaitu sejenis dumpling isi ayam. Paling best, satu mangkuk ramen tu memang boleh buat kita kenyang sampai malam! Selain ramen, ada juga menu nasi seperti nasi ayam teriyaki dan banyak lagi.

Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah masjid iaitu Sano Masjid yang dibina khas untuk muslim di sini. Cara yang paling senang untuk ke sini adalah dengan menaiki kereta api dan turun di Sano Station.

NIKKOKEN Halal Ramen (5)
NIKKOKEN Halal Ramen (4)

Sano Premium Outlet

Tarikan terbaharu di Sano City adalah Sano Premium Outlet yang mempunyai 170 outlet stores termasuk jenama-jenama antarabangsa yang terkenal seperti Coach, Gucci, Adidas dan lain-lain lagi. Premium outlet ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 8 malam. Apa yang menarik, Sano Premium Outlet menyediakan tempat solat untuk pengunjung yang beragama Islam.

Stesen keretapi Sano adalah stesen yang paling dekat untuk ke Sano Premium Outlet. Di sana, terdapat Sano Manyo-Roman Bus yang akan membawa pengunjung dari stesen untuk terus ke Sano Premium Outlet.

1180m

NIKKO

Kinugawa Park Hotel

Dari Sano City, kami bergerak ke Nikko City yang terletak 150km dari bandar Tokyo. Dah sampai di Nikko City, tak lengkap jika tidak bermalam di Kinugawa Onsen. Kinugawa Onsen merupakan resort air panas yang sangat terkenal di Tochigi yang berada di sepanjang Sungai Kinugawa.

Kinugawa Park Hotel menjadi pilihan yang terbaik di mana pengunjung diberikan pakaian tradisional ketika menginap di sini dan dibenarkan mandi di open-air onsen yang berlatarkan hutan dan juga Sungai Kinugawa yang begitu cantik. Pihak hotel juga menyediakan private-use ‘onsen’ untuk pengunjung yang inginkan privasi.

Kinugawa Park Hotel (1)
SAMSUNG CAMERA PICTURES

Apa yang paling mengujakan, selain bilik tradisional Jepun yang besar dan begitu selesa, Kinugawa Park Hotel juga menyediakan surau untuk tetamu yang beragama Islam lengkap dengan segala kelengkapan solat. Pihak hotel ini juga akan menghidangkan menu halal khas untuk tetamu hotel yang beragama Islam.

Nikko National Park

Setelah seronok bermalam di Kinugawa Park Hotel, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Nikko National Park yang terletak kurang 20 kilometer dari hotel. Bagi pencinta alam, Nikko National Park wajib masuk dalam senarai lawatan kerana permandangan di sini sangatlah memukau! Keadaan di sini berbeza mengikut musim dan waktu kami ke sini, salji memutih meliputi tanah dan air terjun juga membeku merupakan satu permandangan yang tak mungkin dilupakan.

Tobu World Square

Lawatan ke Tochigi tidak sah jika tidak berkunjung ke Tobu World Square. Terdapat surau di luar pintu masuk Tobu World Square khas untuk pelancong beragama Islam yang mana ini menjadi satu kelebihan tempat ini. Tobu World Square mempamerkan replika dari pelbagai bangunan popular di seluruh dunia dengan menggunakan skala 1:25 daripada saiz asal.

Selain dari monumen bersejarah, bangunan terkenal dan tempat bersejarah UNESCO, Tobu World Square juga ada mempamerkan bangunan-bangunan kebanggaanJepun seperti Tokyo Sky Tree, Tokyo Tower, Tokyo Station dan pelbagai kuil di seluruh Jepun. Terdapat lebih kurang 102 binaan di seluruh dunia yang dijadikan replika di sini termasuklah 46 daripadanya adalah World Heritage Sites seperti Piramid dan Tembok Besar China.

Bagi pengunjung yang beragama Islam, bukan hanya surau disediakan di sini malah terdapat juga restoran Muslim friendly iaitu Heian Japanese Restaurant yang menyediakan hidangan udon dan soba di tingkat atas kaunter tiket.

Nikko Tosho-gu Shrine

Hanya terletak beberapa meter dari jalan keluar Tobu World Square, Tosho-gu Shrine juga antara lokasi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Nikko City. Tosho-gu Shrine merupakan tempat terakhir Tokugawa Ieyasu, iaitu penaung Tokugawa Shogunate yang memerintah Jepun selama lebih 250 tahun. Senireka bentuk di sini sangat unik, terperinci dan mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri.

Kenangan manis ketika di Nikko City apabila pagi itu kami diberi rezeki merasa salji turun sehingga tengah hari. Walaupun kesejukan namun keasyikan permandangan di sini langsung tidak membuatkan kami semua berkeluh resah. Jadi, jika anda ingin lari sejenak dari kota sibuk Tokyo, bolehlah ke Tochigi untuk merasai sendiri pengalaman yang begitu mengujakan!

Oleh: Rosila Shakri Url: illashanahila.blogspot.com
Terima kasih kepada Japan Relation Inc.

Nikko National Park
Nikko National Park
Nikko Tosho-gu Shrine
Nikko Tosho-gu Shrine

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!