LOADING

Type to search

Insider BP

TRAVEL DENGAN BAJET RENDAH MEMANG PENTING, TAPI…

backpackerz June 4, 2018
Share

Pelancongan sudah jadi trend bagi masyarakat kita – Tapi sejak akhir-akhir ini sesetengah kita jadi taksub pulak untuk cerita siapa yang nak travel ‘free’ atau bajet paling rendah.

‘Pertempuran’ siapa travel dengan bajet terendah…

Top-5-Money-Saving-Tips-For-Financially-Savvy-Travel-750x518

BAJET

Keputusan nak pergi melancong atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Orang lain pergi Bangkok belanja RM400, anda pula RM700. Jadi, adakah anda patut digelar ‘traveller yang gagal’ – hanya kerana anda berbelanja lebih sedikit? Pada masa sama, salahkah orang lain yang hanya keluar duit dalam RM400 saja?

Tidak ada jumlah muktamad sebenarnya berapa yang anda sepatutnya berbelanja ketika travel. Walaupun anda menggelarkan diri sendiri sebagai backpacker, sukar untuk mengklasifikasikan bajet tepat yang perlu anda keluarkan untuk melancong. Tidak ada istilah “kau mesti belanja banyak ni” sewaktu travel ke sesebuah destinasi. Itu sebabnya istilah backpacker itu sendiri difahami dalam sudut yang berbeza oleh sesetengah pengembara. Kalau anda berborak dengan backpacker mat saleh, anda akan dengar majoriti percakapan mereka ialah tentang pengalaman, keseronokan diorang pergi ke sesebuah destinasi. Selepas itu, barulah diorang cerita tentang bajet. Its always about the experience you get, about the journey .

ITINERARI

“Please share itinerari.” Itu memang biasa dengar. Bagi aku, tak salah. Itinerari adalah panduan untuk newbie merangka perjalanan percutian. Tetapi yang tak sedap didengar bila balik kau cakap “hmmm…tak bestlah tempat brader yang bagi aku itinerari tu.” Persoalannya sekarang, apakah yang anda mahukan dalam hidup? Kenapa anda pergi mengembara? Nak release tension tengok tempat orang, atau saja nak ikut trend? Untuk newbie, fahami apa yang anda suka, kaji sesuatu tempat yang kau nak pergi. Anda mungkin suka tengok bangunan, kawan anda pulak food hunter. Kita manusia ni tak sama. Dah pergi trip guna itinerari orang kata pula tak best. Itu memang tak patut!

BACKPACKER VS TOURIST

Perlukah anda kisah anda berada dalam kelompok mana? anda berjalan bukan untuk memuaskan hati jiran yang belum dapat bonus. Tak perlu beratkan kepala fikir orang label anda tourist atau kau sendiri kemaruk nak diri disanjung sebagai backpacker sebabnya di hujung hari apakah manfaat yang anda dapat selepas pergi melancong?

JUJUR

Buat yang suka berkongsi tentang bajet, tak ada salahnya. Tetapi jujurlah dengan apa yang anda kongsi demi kebaikan semua, khususnya newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam arena pelancongan. Sebelum anda klik butang share tu, anda fikir balik, kalau dapat tiket New Zealand RM300, adakah selepas aku share ni orang lain pun boleh secara konsisten dapat harga macam kau atau tak? Atau kau sendiri pun nasib baik je dapat harga tu setelah try banyak kali? Bagi aku, ‘perkongsian teknik’ adalah satu aspek di mana kau secara KONSISTEN boleh dapat seperti mana apa yang anda kongsikan dengan orang lain.

off-season-travel-activities
Scroll Up