Type to search

Antarabangsa Editor Pick Featured Insider BP Tips Travel

‘Travelog Gadis Whilca’ Tanpa Sempadan – Zawani Wahab

Share

Pengembaraan secara solo mungkin sudah ‘biasa’ dan sinonim dalam kalangan backpackers di Malaysia. Namun, gadis kelainan upaya yang berasal dari Ipoh, Perak ini berjaya mengembara ke beberapa buah negara dengan hanya berkerusi roda

Travelog Gadis Whilca – Zawani Wahab

Ayuh kenali tuan empunya badan yang berjiwa kental ini. Perkongsian eksklusif BackPackerz bersama pencetus “Travelog Gadis Whilca”.


Zawani Wahab di Thailand

1- Boleh kongsikan tentang diri anda?

Saya, Nur Zawani Abdul Wahab. Lebih mesra dengan panggilan Nur atau Zawani. Saya pernah bekerja sebagai Projek Koordinator dan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Kini, saya tidak bekerja dan bergantung dengan wang pencen daripada PERKESO selepas bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak tiga tahun lalu. Saya juga ada menerima jemputan bagi segmen bual bicara serta motivasi, secara tidak langsung menambah sedikit ‘duit poket’ harian.

Saban hari, saya tertanya-tanya pada diri mengenai keadaan OKU di luar negara; bagaimana mereka berhadapan dengan persekitaran setempat, menguruskan diri secara berdikari, menggunakan kenderaan dan kemudahan awam yang disediakan. Akhirnya, pengembaraan ke Kashmir dan Ladakh di India merupakan negara pertama saya kunjungi menggunakan kerusi roda, disusuli dengan Thailand serta Singapura.

Zawani Wahab di kawasan sejuk sekitar Kashmir

2- Difahamkan, Zawani merupakan seorang stroke survivor dan kini bergerak menggunakan kerusi roda sepenuhnya. Bagaimana anda menyesuaikan keadaan ini sewaktu mengembara ke destinasi pilihan – secara solo mahupun berkumpulan?

Jujur saya katakan, mengembara menggunakan kerusi roda sangat mencabar. Kekurangan fizikal sedikit sebanyak membantutkan pergerakan saya. Tambah pula jika melancong secara berkumpulan, saya perlu pastikan travel buddies itu benar-benar memahami keadaan saya.

Mengimbas kembali pengembaraan di Kashmir, saya nyaris ditipu dek kerana saya menggunakan kerusi roda. Ramai yang minta ‘tips’ lebih serta mengenakan caj tambahan sesuka hati dengan alasan saya menggunakan ruang ekstra dan perlu mengangkat wheelchair. Mujur di daerah Ladakh, kami ditemukan dengan individu yang jujur dan rela membantu daripada scammer tersebut. Insiden itu hampir mencetuskan kekecohan dan menjadi kes polis.

Zawani bersama pihak berkuasa India di Kashmir

3- Menyentuh mengenai hash tag “Travelog Gadis Whilca”, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pengembara di luar sana?

Pada awalnya, Travelog Gadis Whilca sekadar perkongsian saya di Facebook untuk memudahkan kenalan mengikuti perkembangan saya selepas bergelar orang kelainan upaya. Secara tidak langsung, pengalaman itu dijadikan rujukan kepada mereka yang mengembara menggunakan kerusi roda ke destinasi yang tiada kemudahan asas untuk OKU.

Selepas perkongsian Travelog Gadis Whilca, saya menerima banyak private message yang bertanyakan tentang cara menggunakan public transport dan melancong menggunakan kerusi roda. Kebanyakannya dalam kalangan OKU serta individu yang ingin membawa orang tua kurang upaya untuk bercuti bersama.

Sebelum saya berani travel ke luar negara, saya ‘berjinak-jinak’ dengan mengembara di dalam negara terlebih dahulu. Peribahasa ada menyebut, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 

Keadaan Zawani semasa sihat

“Never doubt your own ability, being disabled didn’t mean you can’t enjoy your extreme activities. Disabled are not the end of your life but beginning to the new life” – Zawani Wahab

Zawani berada di depan pintu Hall of Fame di Leh Ladakh, India

TIPS #TravelogGadisWhilca

  • Pertama, sebagai pengguna kerusi roda, buat kajian berkaitan pengembara berkerusi roda serta baca perkongsian artikel di blog mereka.
  • Kedua, persediaan bekalan ubat, pampers dan lain-lain yang melibatkan kesihatan sangat penting.
  • Ketiga, fahamkan rakan pengembara tentang keadaan diri serta kaedah betul untuk membantu orang kelainan upaya.
  • Keempat, pastikan kerusi roda berfungsi dalam keadaan baik dan sediakan backup accessory. Ini kerana alat ganti wheelchair susah didapati pada negara kelas ketiga.
  • Boleh ikuti perkembangan beliau di Facebook – Zawani Wahab
Wheelchair Accessible Travel Destinations by Scootaround
1. Sydney, Australia
2. London, England
3. Washington
4. Vienna, Austria
5. Barcelona, Spain
6. Hong Kong
7. Atlanta, Georgia
8. Paris
9. Ireland
10. New York City
11. Amsterdam
12. San Francisco, California
13. Melbourne, Australia
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!