fbpx

Type to search

Editor Pick Itinerari BP Travel

Trip Solo 5 Hari ‘Memburu’ Sakura di Enam Wilayah Jepun dengan Kos RM 1361 – Flowers Cannot Blossom Without Sunshine!

Share

Belanja cuma RM 1361 di Jepun untuk nilai sebenar sekitar RM 2602. Bagaimana caranya?

Mohd Helmi telah kongsikan 10 tips dengan kos penjimatan serta itinerari sepanjang trip solonya ke enam bahagian di Jepun selama 5 hari 3 malam.

Beautiful Sakura in Ogi, Saga

Musim bunga di Jepun baru sahaja muncul, dengan rintangan seperti ramalan sakura yang tidak menentu, nilai mata wang Yen yang agak tinggi, gagal untuk dapat travel-mate untuk trip ini dan sebagainya.

Tapi aku gagahkan juga ke Kyushu, the south-westernmost of Japan’s main islands, sehingga ke Pulau Honshu. Difahamkan, wilayah ini mempunyai iklim yang paling subtropika iaitu musim panas dan lembap, serta menawarkan musim sejuk yang sederhana.

Yanagawa river boat ride by tourist

Route dan tempat yang aku sempat kunjungi adalah seperti berikut;

  1. Kuala Lumpur International Airport 2 – “A journey of a thousand miles begin with a single step
  2. Fukuoka City – Tempat yang jatuh lagi kan dikenang (repeat lagi sekali since 2018)
  3. Kumamoto City – Tempat lahirnya watak kartun terkenal “Kumamon”
  4. Yanagawa City – Digelar “The Venice of Kyushu”
  5. Nagasaki City – Kisah hitam lampau jangan lah dikenang lagi
  6. Saga City – Bandar belon panas
  7. Beppu City – Resort bandar dan spa di pulau selatan Jepun, Kyushu
  8. Kitakyushu (Kokura) – Bandar transit ‘inter island’
  9. Shimonoseki City – Bandar ikan buntal
  10. Fukuoka City – Bandar bunga & nadi utama Kyushu
  11. KLIA2 – Back to reality

Mohd Helmi hiking to the peak of Tsurumi mountain
Closed up Sakura shoot in Kumamoto city

Misi kali ini boleh dikatakan BERJAYA! Kerana aku berjaya atur dan rancang penjimatan sehingga 52% selama lima hari tiga malam ke enam wilayah di Jepun. Terima kasih BackPackerz kerana sudi kongsikan rujukan aku ini kepada pengikut mereka.


Sakura Milk Tea guys!
Imitate Fuji garden in Kumamoto

TIPS & PENJIMATAN

1. Aku beli JR Pass Northern Kyushu Pass dengan harga RM298 (instead of RM313) di website KLOOK. Aku dapat potongan RM15 beli dari web KLOOK. Lebih mudah dan jimat.
*Dengan JR Pass koridor utara ini boleh akses ke semua bahagian utara Kyushu dan sedikit kawasan di Pulau Honshu. Jumlah sebenar sepatutnya bayar kalau guna “ala-carte” collectively JR train ni keseluruhan adalah RM919.54.
*Dengan pass ni juga aku tunjuk dekat cashier, dan dapat diskaun lagi beberapa attractives spot (boleh rujuk website JR). Aku juga berpeluang naik shinkansen dari Fukuoka ke Kumamoto. Memang bapak laju!

2. Bagi tempahan bilik hotel, aku cadangkan korang guna Traveloka. Kesemua penginapan yang aku menginap dapat 25% off promo code.
3. Aku sempat sambar tiket flight AirAsia masa promo launch fare pada harga RM382 untuk Kuala Lumpur – Fukuoka – Kuala Lumpur.
4. Dalam flight, aku sempat tempah in-flight meals menggunakan kad big pay. Jadilah, dapat off RM2.
5. Paling penting, travel sim card. Aku pilih Hello1010 sebab dapat 5 GB. Boleh guna sehingga 15 hari, bergantung kepada data harian yang korang guna.

Kumamoto shrine in Suizenji Jojuen garden
Nagasaki atomic bomb museum
Yanagawa river boat

6. Pengangkutan awam. Semua orang dok pening nak minta tolong siapa hantar ke airport. Jadi, aku manfaatkan ERL ke KLIA2. Buat yang masih tak tahu, kalau guna mesin bayar tambang guna kredit/debit card ERL boleh dapat 10% off.
7. First Day Pass Streetcar in Nagasaki. Macam korang guna tram. Boleh dapatkan dengan harga 500 yen di hotel/hostel yang ada menjualnya. Kalau banyak kali gunakan antara station, memang dapat jimat.
8. Nagasaki Discount Card. Korang boleh dapatkan di hotel-hotel yang menjadi agen. Macam aku menginap di Casa Noda. Banyak juga pengurangan harga untuk ke tempat-tempat menarik dalam bandar Nagasaki.
9. Download siap-siap baucar diskaun dari Malaysia. Jepun sebenarnya sangat menggalakkan pelancong luar untuk melawat negara mereka. Oleh itu, banyak baucer yang korang boleh print dan tunjuk apabila ke sana.
*Contohnya, aku dapat jimat 100 yen untuk aktiviti ropeway cable car di Beppu untuk panjat ke Tsurumi Mountain (katanya spot ke 31 tercantik di Jepun)

10. Makan di convenient stores. Bab makan ni adalah option dan bergantung kepada bajet korang. Macam aku banyak beli makanan di 7 Eleven.
*Selagi yakin halal, aku bedal je. Paling disyorkan adalah spaghetti udang, takoyaki, roti, pisang, air sakura dan lain-lain.

Kumamoto castle during cherry blossom season
Enjoy sunrise at Beppu park
Kimono girls in Dejima Nagasaki

Harap 10 tips ringkas kali ini dapat membantu sedikit sebanyak buat pengikut #BackPackerz yang bercadang nak ke Jepun khususnya wilayah Kyushu.

Terima kasih saudara Mohd Helmi atas perkongsian trip solonya ke Jepun,  ありがとうございますArigatou gozaimasu

Colorful flowers in Beppu Park City
Tourist can use tram in Nagasaki city
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!